Selepas pembunuhan Kim Jong-nam, sebuah restoran yang tidak begitu terkenal di Kuala Lumpur tiba-tiba menjadi perhatian media.

Alasannya, ia satu-satunya kedai makan Korea Utara di Malaysia.

Restoran Koryo itu beroperasi dari Jalan Kamuning di Imbi, Bukit Bintang – kawasan komersial yang sibuk di tengah-tengah bandar Kuala Lumpur.

Hasilnya pula akan dibawa pulang ke Pyongyang, yang dilihat antara saluran kemasukan mata wang asingnya.

Menurut Xin Hua, agensi berita kerajaan China, Korea Utara pertama kali membuka restorannya di Ampang, Kuala Lumpur, yang dikenali sebagai Restoran Pyongyang.

Menteri kerja raya sebelum ini Ong Tee Keat dan bekas duta Korea Utara antara yang hadir dalam acara pembukaan restoran itu, menurut laporan media.

Ia bagaimanapun bertahan beberapa tahun sahaja sebelum Koryo pula dibuka.

Koryo beroperasi dari jam 11.30 pagi hingga 3.30 petang dan 5.30 hingga 11 malam, setiap hari.

Petugas media turut mengerumuni restoran itu sejak pembunuhan Kim Jong-nam, abang pemimpin Korea Utara Jong-un, menyebabkan ia kini ditutup di sebelah pagi.

Walaupun Facebook dan YoutTube disekat di Korea Utara yang mengamalkan penapisan ketat, Koryo sebaliknya mempunyai akaun Facebook sendiri, walaupun jarang-jarang dikemas kini. – Malaysiakini

KLIK BACAKes hartanah Johor: Hidup mewah kereta mahal pada usia muda punca kegiatan terbongkar

KLIK BACA: Azmin puji Tun Mahathir berani berdepan pengkritik

KLIK BACA: Anwar meninggal dunia dalam penjara kerana…. – Subky Latif

KLIK BACA: Warkah terbuka Muhyiddin buat Sultan Johor

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share

SHARE