Advertisements

KUALA LUMPUR – PAS mendakwa Penasihat Amanah Kelantan, Datuk Husam Musa “penakut” apabila beberapa kali gagal memberi tarikh berdebat mengenai isu baiah.

Exconya, Datuk Nassuruddin Daud juga menuduh Husam “kaki auta” apabila sering berbohong setiap kali berucap mengenai isu baiah supaya menampakkan beliau berada di pihak yang betul.

“Majlis Debat Baiah sudah dicadang Husam pada pertengahan atau akhir Januari 2017 kepada saya. Ini tercatat dalam surat dihantar kepada saya pada 21 November 2016. Jadi, pada 23 November saya jawab agar debat dipercepat 2 minggu sebab cadangan Husam untuk dibuat pada Januari 2017 terlalu lama kerana isu ini perlu diperjelaskan segera.

“Husam tidak bersetuju dengan cadangan itu dan saya setuju dengan tarikh debat pada Januari 2017, tetapi setiap kali perbincangan Husam tidak mahu beri tarikh.

“Selepas didesak, wakil Husam memberitahu debat boleh dibuat pada Sabtu malam, jadi saya cadang Sabtu, 28 Januari 2017. Kita sudah minta stadium tetapi Husam tidak bersetuju jadi beliau menolak tarikh yang dipilih sendiri,” katanya.

Nasaruddin yang juga ketua penerangan PAS Kelantan berkata, susulan itu pihaknya mengadakan ceramah “Husam Lari Dari Debat Baiah” yang berlangsung di Kota Baharu, malam tadi.

Advertisements

Bagaimanapun, pada program itu menyaksikan penyokong PAS dan Amanah hampir “bertumbuk” di pentas ceramah parti Islam itu.

Suasana tenang bertukar riuh apabila Husam tiba-tiba muncul di Pekarangan Stadium Sultan Muhammad IV.

Husam tiba jam 11 malam sewaktu Yang Dipertua PAS Kawasan Ketereh, Wan Ismail Wan Jusoh memberi ucapannya dilihat menaiki pentas utama dan duduk bersama pemimpin lain.

Tindakan tersebut menimbulkan ketidakselesaan penonton dan pemimpin di atas pentas itu, sekali gus dilemparkan kata-kata tidak sopan beberapa penyokong.

Keadaan bertambah panas apabila penyokong Amanah didakwa memulakan provokasi sebaik sahaja Nasaruddin memulakan ucapan dengan menyerang Husam kerana gagal memenuhi janji berdebat sambil menunjukkan surat dihantar bekas pemimpin PAS itu.

Suasana tegang yang berlangsung lebih 5 minit kembali tenang apabila Husam bersama penyokongnya meninggalkan pentas yang tidak berpuas hati apabila tidak diberi ruang berucap.

Mengulas dakwaan Husam kononnya beliau tidak diberi ruang berucap, Nasaruddin berkata program tersebut sesi ceramah bukan acara debat sekali gus menyifatkan kehadiran Husam sebagai tidak beradab.

“Semalam adalah program ceramah, bukannya debat. Macam mana nak beri beliau berucap, kerana untuk berucap, beliau memerlukan permit. Ia tidak boleh dibenarkan begitu sahaja kerana salah, malah tindakan beliau itu juga tidak beradab, menganggu majlis. Tuduhan beliau tidak dibenarkan berucap juga bohong,” katanya.

Mengulas kesediaan terbaharu Husam untuk berdebat mengenai baiah, Nasaruddin berkata beliau enggan melayan kerana menganggap masa 3 bulan yang diberi sebelum ini membuktikan bekas setiausaha politik Datuk Nik Aziz Nik Mat itu seorang pemimpin yang suka memutar belit sesuatu isu.

“Saya tunggu Husam 3 bulan, sejak November, sampai saya batalkan rancangan umrah dengan 2 anak saya pada Januari semata-mana menunggu tarikh debat daripada Husam. Cukuplah, disebabkan Husam, 3 bulan saya tidak boleh lakukan tugasan lain.

“Saya tidak akan layan orang bodoh macam beliau lagi untuk berdebat, sebab masa saya bagi untuk tetapkan tarikh sampaikan tarikh yang dicadangkannya sendiri pada Januari 2017 pun beliau tolak. Bagaimana saya nak setuju dengan orang yang langgar janji? Inilah orang yang langgar baiah. Fikiran beliau bercelaru,” katanya. – FMT


Nota Ana Ghoib: Jika Umno dengan OSAnya yang mencegah dari pecah rahsia manakala PAS dengan Baiahnya yang mencegah pecah rahsia juga.

Rahsia besar dari bisnes berbilion hingga ke puluh juta dari seberang laut hingga ke hutan balak.

Orang mukmin atau mereka yang mendakwa ulama itu lebih utama ‘aula’ tidak harus dilihat seperti lalat yang berputar-putar.

Ringkasnya dari firman Allah: Dan perempuan-perempuan yang kamu bimbang melakukan perbuatan derhaka (nusyuz) hendaklah kamu menasihati mereka, dan (jika mereka berdegil) pulaukanlah mereka di tempat tidur, dan (kalau juga mereka masih degil) pukulah mereka (dengan pukulan ringan).

Kemudian jika mereka taat kepada kamu, maka janganlah kamu mencari-cari jalan untuk menyusahkan mereka. Sesungguhnya Allah Maha Tinggi, lagi Maha Besar. – (An-Nisaa’ 4:34)


Ahli PAS bawahan suka pula pemimpin mereka berbaiah mencerai isteri seolah ia hukum kitabullah, sunah Rasulullah dan para tabi’in tetapi bila berhujah dengan Ana Ghoib dan disuruh mereka melakukan hal sama mencerai isteri jika tidak setia parti maka tidak mahu pula melakukannya. [kagumnya mereka jadi biarlah pemimpin yang kononnya ulama faqih bijak fekah mahir bahasa arab sahaja cerai isteri].

Walhal isteri itu diambil dengan nama Allah melalui akad yang kukuh tidak dihirau ulama akhir zaman  [baca sini hukumnya].

Ini sama dengan cabaran suruh dan tegah kaedah [ayat di bawah] yang diguna Allah untuk orang yang mendakwa dijamin syurga dan tindakan mereka itu benar mendapat keterangan janji teguh dan jaminan Allah.

Firman Allah: Dan sesungguhnya kalau Kami wajibkan kepada mereka (dengan perintah): “Bunuhlah diri kamu sendiri, atau keluarlah dari tempat kediaman kamu”, nescaya mereka tidak akan melakukannya, kecuali sedikit di antara mereka. Dan sesungguhnya kalau mereka amalkan nasihat pengajaran (meliputi suruh dan tegah) yang telah diberikan kepada mereka, tentulah yang demikian itu lebih baik bagi mereka dan lebih meneguhkan (iman mereka). – (An-Nisaa’ 4:66)

Beginilah mudahnya jika fatwa kamu boleh mencerai isteri itu BENAR sebagaimana ayat Al Quran dan Hadith maka mudah umat Islam menerimanya tanpa bantahan tetapi kerana ia BATIL maka terjadilan perbalahan dan debat ‘baiah talak 3 isteri’ yang tidak akan ada kesudahannya.

Apakah ulama PAS berani berubah memansuh hukum ini atau berani berdebat depan Allah kelak di akhirat kerana menzalimi dan tidak menurut sunah Nabinya?

Akhir kata jangan kufur nikmat Allah diberinya kamu isteri maka fikirkanlah jika berbilion umat Islam yang taat Allah dan Rasulnya kesemua mereka menghadap kiblat yang sama jadi mengapakah hanya kelompok kamu yang mencagarkan isteri di mana tiada keterangan dari hadis membenarkan taklik itu digunakan sedemikian rupa.


Dan tidak ada gunanya nasihatku kepada kamu, jika aku hendak menasihati kamu, kalau Allah hendak menyesatkan kamu (kerana kamu tetap berdegil); Dia lah Tuhan kamu dan kepadaNya kamu akan kembali”. – (Hud 11:34)  | Susunan Berita Mimpi – Ana Ghoib

KLIK BACA: ‘PAS sanggup merangkak kepada Allah daripada dicium Dr Mahathir’

KLIK BACA: Jual Proton kepada syarikat asing, Najib apa kata Dr Mahathir

KLIK BACASuami Ketua Audit Negara pernah kata ‘berani mati untuk Najib’

KLIK BACA: Senarai 29 kesalahan Lim Kit Siang tersebar

KLIK BACA: Zaid: Ketepi siasatan forex adakan inkuiri pembunuhan Altantuya

KLIK BACA: Menangislah kamu wahai Melayu – Sajak Tun Mahathir

KLIK BACA: Zam hairan banyak kejadian buruk berlaku di bawah Najib

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share