Advertisements

Ketua UMNO Bahagian Kepong, Datuk Rizuan Abd Hamid memuji Najib banyak berjasa kepada negara – Foto TMI

Ketua UMNO Bahagian Kepong, Datuk Rizuan Abd Hamid menegaskan beliau akan berjuang bersama presiden partinya, Datuk Seri Najib Tun Razak sehingga ke nafas terakhir.

Rizuan berkata, terlalu banyak jasa diberikan oleh Najib untuk negara ini terutama dengan melakukan pembaharuan yang lebih baik daripada apa yang dilakukan oleh bekas perdana menteri Malaysia sebelum ini.

“Gagasan 1Malaysia, Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) bantuan persekolahan, Klinik 1Malaysia, pelbagai jenama 1Malaysia… semuanya untuk bantu orang miskin tidak kira di kampung atau bandar,” katanya ketika berucap pada Mesyuarat Perwakilan UMNO bahagian Kepong di Hotel Hilton, KL Sentral pada Ahad.

Beliau berkata, mereka (ahli UMNO bahagian Kepong) perlu berikrar untuk taat setia tidak berbelah bahagi kepada Najib sebagai Perdana Menteri dan Presiden UMNO.

“Saya berani mati untuk Najib. Jangan sentuh Najib. Kalau mahu mati, mahu mati bersama Najib. Itu ikrar kami (ahli UMNO bahagian Kepong). Mati dalam politik adalah lebih baik daripada mati katak,” katanya.

Advertisements

Rizuan berkata, walaupun banyak desakan yang meminta Najib meletakkan jawatan, namun ketika ini tiada siapa yang layak untuk menggantikannya sebagai Perdana Menteri Malaysia.

Katanya, sokongan diberikan kepada Najib kerana beliau masih mempunyai otak yang kuat dan hebat. – Sumber: Astro Awani

TERKINI: ‘Najib perlu letak jawatan jika bukan penjawat awam’ – Faiz Fadzil

MESTI BACA: Senarai 29 kesalahan Lim Kit Siang tersebar

KLIK BACAPAS: Husam ‘Kaki Auta’, Penakut Berdebat Isu Baiah

KLIK BACA: Najib masih ada otak yang kuat dan hebat, kata Ketua UMNO Kepong

KLIK BACA: Jual Proton kepada syarikat asing, Najib apa kata Dr Mahathir

KLIK BACA: Rafizi petik surat PMO, suami Madinah ketua audit, Rizuan jelaskan isu kebankrapan ⇑

KLIK BACA: ‘PAS sanggup merangkak kepada Allah daripada dicium Dr Mahathir’

KLIK BACA: Zaid: Ketepi siasatan forex adakan inkuiri pembunuhan Altantuya

KLIK BACA: Menangislah kamu wahai Melayu – Sajak Tun Mahathir

KLIK BACA: Zam hairan banyak kejadian buruk berlaku di bawah Najib

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share