KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan menyiasat isu dakwaan tender pembekalan peralatan gimnastik untuk Sukan SEA 2017 yang dipercayai wujud unsur penyelewengan dan salah guna kuasa.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Azam Baki berkata, pihaknya juga sedang meneliti maklumat berhubung dakwaan berkenaan.

“Pihak saya akan meneliti dan siasat dahulu perkara ini sebelum tindakan selanjutnya diambil,” katanya.

Menurut laporan yang disiarkan semalam, berdasarkan satu siasatan dalaman yang dijalankan, dipercayai terdapat elemen rasuah dan salah guna kuasa berhubung permohonan serta kelulusan tender tersebut.

Malaysia akan menjadi tuan rumah Sukan SEA buat kali ke-6 yang berlangsung dari 19 hingga 31 Ogos nanti. – Bernama | Foto FMT

TERKINI: Siasatan Forex bawa polis, SPRM saya boleh jawab, kata Tun Mahathir

KLIK BACA: Pasukan khas siasatan Forex idea Najib yang hebat – Kadir Jasin

KLIK BACAAllahyarhamah Che Tom tak sempat temui Azwan Ali

DIKEMASKINI: Mahfuz: Saya tak akan keluar PAS, Hadi ulama besar bolehlah cakap soal maruah

KLIK BACA: Zam hairan banyak kejadian buruk berlaku di bawah Najib

KLIK BACAHimpunan 355: Lelaki gagal kawal ‘burung’ denda cuma RM5,000 memalukan…

TERKINI: “Emak tak suka tetapi hendak pergi juga,” kata keluarga tragedi basikal dirempuh kereta

KLIK BACA: ‘PAS sanggup merangkak kepada Allah daripada dicium Dr Mahathir’

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share