Perhatian media antarabangsa sekali lagi tertumpu ke Malaysia, dengan kali ini berhubung pembunuhan abang tiri presiden Korea Utara, Kim Jong-nam, di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) 2, awal minggu ini.

Agensi-agensi berita di seluruh dunia sibuk melahirkan teori konspirasi di sebalik pembunuhan itu.

Walaupun bagaimanapun, sebuah akhbar tempatan memilih untuk menyerlahkan butiran mendebarkan berhubung pakaian dalam seorang suspek wanita ketika dia ditangkap.

Menurut China Press, suspek berbaju putih dan jelas tidak memakai coli, sehingga pasukan polis terpaksa memberinya sehelai kain untuk menutup dadanya.

Laporan itu juga mendakwa bahawa pihak polis tidak percaya bahawa “wanita seksi dan cantik” itu adalah seorang pembunuh.

“Ketika ditangkap, dia berdepan dengan lebih 10 anggota polis. Dia tenang sepanjang tahanan dan soal siasat,” kata laporan itu yang memetik sumber.
Seperti dijangka, laporan akhbar itu mengundang cemuhan dan bidasan orang ramai.

Ramai meluahkan rasa tidak puas hati mereka di laman Facebook China Press dengan berkata bahawa tidak ada keperluan untuk mensensasikan perkara seumpama itu dalam apa cara sekalipun. – Malaysiakini

KLIK VIDEO: Wajah Siti Aisyah suspek wanita Indonesia kes bunuh Kim Jong Nam

KLIK BACA: Suspek bunuh Jong-nam tak pakai coli, laporan undang kecaman

KLIK BACA: ‘PAS sanggup merangkak kepada Allah daripada dicium Dr Mahathir’

KLIK BACA: Nik Abduh sindir PAN mabuk, setia PAS pada Islam memang lejen

KLIK BACA: Kadir Jasin: George Tan dalam kes BMF dan Jho Low dalam kes 1MDB tapi…

KLIK BACA: Skandal BMF: Bekas wartawan NST, Star dedah Dr Mahathir arah siasatan ke akar umbi

KELAKAREYCerita Lawak Penduduk Kampung Yang Pendek Akal

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share