KUALA LUMPUR: Suspek pertama yang dikaitkan dengan kematian abang sebapa pemimpin Korea Utara akan dihadapkan ke mahkamah hari ini, ketika polis mencari suspek lain dalam pembunuhan itu yang Seoul dakwa dilakukan ejen Pyongyang.

Polis berkata, wanita berusia 28 tahun itu memiliki pasport Vietnam dan ditahan semalaman.

“Kami sedang memburu suspek lain,” kata Ketua Polis Selangor, Datuk Seri Abdul Samah Mat yang enggan memberitahu berapa ramai lagi yang dicari dan kewarganegaraan mereka.

Semalam, Ketua Polis Daerah Sepang, ACP Abdul Aziz Ali mengesahkan proses bedah siasat mayat lelaki warga Korea Utara yang mati Isnin lalu sudah selesai dijalankan di Hospital Kuala Lumpur (HKL), petang Rabu.

Difahamkan, proses bedah siasat mayat Kim Chol yang dilaporkan media asing sebagai Kim Jong-nam, ialah abang sebapa kepada pemimpin Korea Utara itu selesai jam 7.30 malam.

Bagaimanapun, Abdul Aziz enggan mengulas lanjut mengenai punca kematian serta bila mayat itu akan dituntut dari hospital berkenaan.

Beberapa pegawai Kedutaan Korea Utara dilihat melawat Institut Perubatan Forensik Negara (IPFN) di HKL dengan menaiki sebuah kenderaan diplomatik, pada petang dan malam Rabu.

Jika disahkan betul, pembunuhan itu yang dikatakan penganalisis diarahkan atas laporan Jong-nam sudah bersedia berpaling tadah, akan menjadi kematian berprofil paling tinggi di bawah pemerhatian pemimpin muda Korea Utara, Kim Jong-un.

Bagaimanapun, dalam sebuah negara yang mempunyai rekod panjang mengenai kematian kejam, Jong-un dipercayai turut mengarahkan bapa saudaranya yang berpengaruh, Jang Song-thaek, dijatuhkan hukuman mati pada 2013. – AFP | Foto FMT

KLIK BACA: Suspek bunuh Kim Jong-nam boleh cakap bahasa Malaysia

KLIK BACAKim Jong-nam: ‘Jelaskan KLIA jadi taman permainan ejen asing, Zahid’

TERKINI: Kabinet Najib setuju tubuh pasukan khas siasat isu Forex era Mahathir

KLIK BACA: Hadi lupa negara Islam hendak pinjam Mahathir sebagai Perdana Menteri

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share