Advertisements

Bekas penolong gabenor Bank Negara Datuk Latifah Merican menyertai gesaan supaya berlaku pemisahan peranan antara perdana menteri dan menteri kewangan.

Beliau turut berpendapat bahawa peguam negara tidak sepatutnya menjadi penasihat undang-undang kepada kerajaan dan membuat keputusan terakhir berhubung pendakwaan.

Latifah, yang juga timbalan presiden Persatuan Ekonomi Malaysia (MEA) bersetuju dengan pandangan sama disuarakan oleh kumpulan Melayu G25 dan Pusat Memerangi Rasuah dan Kronisme (C4).

“Sudah tentu, menteri kewangan adalah menteri kewangan. Begitu juga, banyak organisasi masyarakat sivil telah membangkitkan isu bahawa peguam negara adalah penasihat undang-undang kepada kerajaan dan pengadil akhir untuk membuat keputusan mengenai pendakwaan.

“Terdapat percanggahan di sini,” katanya pada sidang akhbar semalam.

Sebaik-baiknya, beliau berkata peranan ini perlu diasingkan dan negara ini mesti melaksanakan proses tertentu untuk memastikan sistem semak dan imbang.

Advertisements

“Di kebanyakan negara, mereka mempunyai pejabat pendakwa raya (berasingan daripada pejabat Peguam Negara), sedangkan kita digabungkan,” katanya menambah keadaan itu tidak wajar berlaku di Malaysia.

Amalan memegang jawatan perdana menteri dan menerajui kementerian kewangan serentak dimulakan bekas perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beliau melantik dirinya sendiri sebagai menteri kewangan pada 1998 hingga 1999 dan dari 2001 hingga 2003.

Penggantinya Tun Abdullah Ahmad Badawi juga memegang jawatan menteri kewangan sepanjang tempoh perkhidmatan dan ia teruskan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Mahathir, yang meninggalkan Umno untuk membentuk Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), dilapor menyeru pemisahan peranan perdana menteri dan menteri kewangan untuk mengelak berulangnya kegagalan 1MDB.

Sementara itu, Latifah juga mahu kuasa legislatif dikembalikan semula supaya parlimen boleh menjadi lebih berdikari.

“Parlimen harus mempunyai pentadbiran sendiri dan (menjadi) bebas. Parlimen harus mengambil pekerja (kakitangan sendiri) untuk mengembangkan kepakaran sendiri dan mereka boleh membantu ahli parlimen untuk melakukan kerja mereka dengan lebih baik.

“Tetapi, pada masa ini pegawai-pegawai parlimen dibayar oleh Jabatan Perkhidmatan Awam dan oleh itu mereka boleh disingkirkan (oleh kerajaan),” katanya.

“Mesti ada pemisahan fungsi eksekutif dalam berurusan dengan belanjawan dan juga (pengurusan) parlimen,” kata Latifah. – Malaysiakini

KLIK BACA: BMF & Forex Mahathir, agenda bodoh Umno tak akan kembalikan keyakinan – Ezam

KLIK BACA: Doakan Najib mampu setenang Tun Mahathir setuju siasatan Suruhanjaya Diraja

KLIK BACA: Dr Mahathir alu-alukan RCI siasat BMF, forex tapi dengan syarat…

KLIK BACAIdris: Adakah mereka mahu Hadi tampar Najib?

TERKINI: Misteri Jet Jho Low dirampas di Singapura?

KLIK BACA: Najib fikir cukup tiada lagi sambutan permaidani merah dan bunga manggar?

KLIK BACA: PAS ikut jejak Rasulullah berpolitik secara matang, harap lahir penyokong Islam dari sulbi Umno

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share