Advertisements

NGO PBBNK dilapor kesal dengan pendedahan Dr Mahathir yang mendakwa pentadbiran Pak Lah menyerahkan medan minyak kepada Brunei. – Foto FMT

Tun Abdullah Ahmad Badawi melepaskan jawatan sebagai Penasihat Petroliam Nasional Berhad (Petronas) ekoran berlaku kenaikan harga minyak yang membebankan ramai pengguna. – Foto Sinar Harian

ALOR SETAR – Pertubuhan Bantuan Bertindak Negeri Kedah (PBBNK) mendesak supaya Tun Abdullah Ahmad Badawi melepaskan jawatan sebagai Penasihat Petroliam Nasional Berhad (Petronas) ekoran berlaku kenaikan harga minyak yang membebankan ramai pengguna.

Pengerusinya, Thana Chew Ne Meng berkata, desakan itu dibuat kerana bekas perdana menteri itu dilihat seolah gagal mengurus tadbir dan menangani isu kenaikan harga minyak negara.

“Beliau tidak layak menjawat jawatan itu kerana membiarkan rakyat menderita dengan kenaikan harga minyak lagi pada bulan ini setelah berlaku kenaikan yang sama pada bulan lalu.

“Ini sudah tentu membebankan pengguna terutama sekali yang berpendapatan rendah dan sederhana,” katanya kepada media, semalam.

Menurutnya, pihaknya juga amat menyesali apabila bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pada 30 April 2010 mendedahkan bahawa Malaysia di bawah pentadbiran Abdullah secara diam-diam menyerahkan dua blok medan minyak Blok L dan Blok M kepada Brunei.

Advertisements

“Tun Mahathir pada ketika itu sebagai Penasihat Petronas menyatakan Malaysia menuntut dua blok itu berasaskan sejarah.

“Dikatakan juga pihak Petronas tidak mengetahui penyerahan medan minyak itu,” katanya.

Berikutan itu, satu laporan telah dibuat PBBNK kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kedah, semalam untuk memastikan supaya suatu siasatan dapat dilaksanakan. – Sumber: Sinar Harian

KLIK BACA: DOJ mahu hapus kepentingan Jho Low dalam hotel di New York – WSJ

KLIK BACA: Harga petrol murah kata pemakan dedak, ini penjelasan Kadir Jasin

KLIK BACA: Nasrudin tolak motor protes kenaikan harga minyak

KLIK BACA: Pemimpin PAS pilih jalan mudah serang Tun Mahathir yang berusia 91 tahun – Raja Bahrin

KLIK BACA: Bagus tubuh Suruhanjaya Diraja siasat Forex Mahathir dan 1MDB Najib sekali

READ MORE: Kleptocracy destroyed Msia’s prosperity and Asian Tiger image – Tun Mahathir

KLIK BACA:  “IPIC, 1MDB bertelagah selepas AS$3.5 bilion yang sepatutnya dibayar dilapor hilang” – Reuters

KLIK BACA: Wang KWSP dipinjam SRC ‘sangkut’ di BSI yang ditutup Singapura

TERKINI: Kenapa Najib tak gantung tugasnya kalau Annuar boleh? – Mahfuz

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share