Advertisements

Mengapa Ketua Pemuda Pas Wilayah Persekutuan, Nurul Islam hanya desak siasat Tun Mahathir dan tidak juga Najib Razak yang berkuasa hari ini, soal Datuk Raja Bahrin Shah.

oleh Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah

Saya membaca dengan kaget cadangan Ketua Pemuda Pas Wilayah Persekutuan, Nurul Islam agar dibuka kembali kes BMF yang dikaitkan dengan Tun Mahathir. Memberi cadangan itu adalah hak beliau dan saya tidak mahu berhujah mengenainya.

Walau bagaimanapun, suka untuk saya berbahas mengenai keutamaan yang lebih penting dan kritikal hari ini untuk disiasat iaitu berkenaan kes yang menjadi perhatian media antarabangsa, tidak lain skandal 1MDB.

Cadangan tersebut ibarat seperti meminta agar siasatan tentang tenggelamnya Kapal Titanic dibuat namun tidak pula mendesak untuk menyiasat kes baru, sebuah kapal besar bernama Malaysia yang sedang hampir tenggelam hari ini yang mana kesannya ternyata jelas lebih besar kerana melibatkan kredibiliti dan nama Malaysia di pentas antarabangsa.

Nilai mata wang kita terus menjunam jatuh dan pelabur lari meninggalkan negara kita. Adakah dengan membuka kembali siasatan terhadap skandal kes BMF akan menyelesaikan masalah hari ini? Menurut pandangan saya, hanya dengan membuka kertas siasatan terhadap skandal 1MDB akan membantu memulihkan kembali nama Malaysia.

Advertisements

Sebagai Ketua Pemuda Pas Wilayah Persekutuan yang mewakili kelompok belia dan pemimpin masa depan, Nurul Islam seharusnya menyentuh isu-isu semasa yang mampu memberi kesan kepada generasi akan datang. Adakah beliau maklum mengenai kes 1MDB dan penyingkiran Peguam Negara semasa siasatan dijalankan? Adakah Ketua Pemuda Pas Wilayah Persekutuan juga maklum mengenai penyiasatan dan pendakwaan kes berkait 1MDB di Switzerland, Amerika, Singapura, Hong Kong, Australia dan Abu Dhabi?

Adakah Nurul Islam tidak mengambil peduli tentang penglibatan 1MDB dalam kes pengubahan wang haram di pusat pengubahan wang haram terbesar dunia di Pulau Cayman serta pelaburannya di dalam dua kelab malam melalui individu dari Abu Dhabi di Las Vegas yang menjadi sumber penajaan jemaah haji menggunakan hasil wang pelaburan ini?

Semua ini adalah isu semasa yang harus diambil perhatian kerana ia masih boleh diperbetul dan ditangani. Mengapa gesaan untuk meneruskan siasatan terhadap kes BMF dituntut sedemikian rupa namun bersikap seolah tutup mata terhadap penyelewengan-penyelewengan 1MDB oleh Najib Razak?

Mengapa begitu beria serangan dibuat terhadap Tun Mahathir, pemimpin yang sudah tidak lagi mempunyai kuasa namun menutup mata terhadap skandal besar Perdana Menteri hari ini? Nurul Islam harus menghidupkan keizzahan namanya bukan sebaliknya menghinakan nama yang diguna melalui sikap sedemikian.

Seorang Ketua pemuda Pas Wilayah Persekutuan menyerang seorang bekas Perdana menteri berusia 91 tahun yang tidak lagi berkuasa sementara Perdana Menteri Najib Razak yang menerajui 1MDB yang disiasat sembilan buah negara tidak disentuh.

Kenapa tidak juga menyiasat Tun Abdullah Badawi yang sudah bersara tentang Syarikat ahli keluarga dan Kontrak rakan rapatnya? Sebenarnya Islam menyuruh pejuang Islam dan para Ulama bercakap benar di hadapan pemerintah yang zalim walaupun ia pahit untuk didengar.

Mengapa Saudara Nurul Islam memilih untuk membisu isu 1MDB Najib yang menggegarkan dunia antarabangsa? Saya bersimpati dengan masa depan ahli pemuda pemuda Pas yang telah banyak berkorban.

Pemimpin mereka memilih jalan yang mudah menyerang seorang yang berusia 91 tahun yang tidak lagi berkuasa tentang isu 30 tahun dahulu sementara menutup mata terhadap pemerintah yang berlaku zalim hari ini.

Sama jugalah seperti apa yang berlaku apabila Usul Rohingya dibawa ke Parlimen oleh Pembangkang dari Amanah, PKR dan DAP, untuk dibahas dan Pas tidak menyokongnya kerana hendak mengelak mengkritik Umno yang sehingga masa itu masih tidak bertindak. Seminggu selepas itu Pas dan Umno berhimpun di Stadium Titiwangsa untuk ‘bahas’ isu Rohingya tetapi tidak di Parlimen secara rasmi.

Itulah sebenarnya keakraban pakatan Pas dan Umno yang begitu intim. Sementara mereka bersandiwara di hadapan pengikut Pas yang berkorban serta taat terus keliru dan di pergunakan. Mengapa hanya desak siasat Tun Mahathir dan tidak juga Najib Razak yang berkuasa hari ini?

Raja Bahrin Shah ialah Ketua Biro Antarabangsa Amanah. Artikel ini pertama kali disiarkan di portal Malaysia Dateline.

TERKINI: Kenapa Najib tak gantung tugasnya kalau Annuar boleh? – Mahfuz

KLIK BACA: Najib minta Annuar diberi peluang bersihkan nama

KLIK BACA: Trump pecat peguam negara belajar dengan siapa?

KLIK BACA: Bagus tubuh Suruhanjaya Diraja siasat Forex Mahathir dan 1MDB Najib sekali

READ MORE: Kleptocracy destroyed Msia’s prosperity and Asian Tiger image – Tun Mahathir

KLIK BACA:  “IPIC, 1MDB bertelagah selepas AS$3.5 bilion yang sepatutnya dibayar dilapor hilang” – Reuters

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share