Tahun Baru Cina akan disambut pada Sabtu ini. – Foto Tabloidbintang.com

SHAH ALAM – Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mengucapkan selamat menyambut Tahun Baru Cina kepada semua masyarakat Cina.

Beliau berharap semoga Tahun Ayam ini membawa kegembiraan dan mengukuhkan hukuman kaum di negara ini.

“Kehebatan kualiti yang dimiliki oleh ayam berdasarkan kebudayaan Cina ialah kejujuran, keberanian dan kecekalan menerusi fizikal dan moralnya, menjadikan ayam sebagai lambang kepemimpinan dan keinginan yang kuat.

“Tahun Ayam kali ini mengingatkan kita akan kepentingan kepemimpinan yang baik dalam menentukan hala tuju dan masa depan rakyat dan negara,” katanya.

Tahun Baru Cina akan disambut pada Sabtu ini.

Dalam perutusan itu, Azmin juga berkata kepimpinan yang baik hendaklah berdasarkan sistem demokrasi yang berfungsi, dan bukan yang dimanipulasi untuk kepentingan elit politik.

Beliau juga meraikan sumbagan besar kaum Cina di Malaysia yang bersama-sama membina negara ini bersama kaum-kaum lagi.

“Teguh memperjuangkan keadilan dan pembaharuan, kaum Cina Malaysia mengajar kita semua bahawa sifat sabar dan tekun pastinya akan mendapat ganjaran.

Apabila kegelapan malam mencapai kemuncaknya, ia pasti disusuli dengan dinihari.

“Ayam akan menyambutnya dengan keinginan untuk memperoleh keadilan, demokrasi, kebebasan dan pembaharuan yang akan membawa kepada cahaya pagi,” katanya.

KLIK VIDEO: Dr Mahathir jawab tuduhan skandal BMF

KLIK BACA: Jangan tangkap pegawai kerajaan saja, tangkap juga ahli politik korup – TI Malaysia

KLIK VIDEO: Ada kes tak dakwa, tunggu Hari Pembalasan – Akhbar Satar TI Malaysia

TERKINI: DUIT BMF tak masuk akaun peribadi Tun Mahathir, kata Kit Siang

KLIK BACAMukhriz Perdana Menteri Malaysia, Tun Mahathir tak suka…

KLIK BACA: Zahid cuba aibkan Najib, cybertooper sokong kerajaan tinggal 6.6 peratus?

KLIK BACA: MAHFUZ SIMPATI ADA PIHAK CUBA JATUHKAN RAKANNYA ZAHID TAPI SIAPA?

TERKINI: Forest City pajakan 99 tahun atau pegangan bebas NAJIB?

KLIK BACA: GEMPA BUMI – Teguran Allah kata Rasulullah – Jawablah..

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share

SHARE