Polis sedang mengesan seorang lagi pelajar berhubung kes merakam dan menyebar video bahagian dalam kain baju kurung seorang guru wanita pada 16 Januari lepas.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Mohd Sukri Kaman berkata pelajar tingkatan tiga itu dipercayai berada di Johor.

“Pelajar ini dipercayai rakan pelajar yang terlibat dan kita juga sedang mengesan individu lain yang bertindak menyebar serta melakukan perkara ini,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi di sini Selasa.

Video berdurasi tujuh saat itu dirakam menggunakan telefon bimbit pada 8.30 pagi ketika guru Bahasa Inggeris berkenaan sedang membalut meja pelajar di dalam kelas.

Pada Sabtu lepas, polis mengenal pasti lima pelajar tingkatan tiga sekolah menengah di ibu negara yang merakam dan menyebarkan video bahagian dalam kain baju kurung seorang guru wanita.

Mohd Sukri berkata kes disiasat di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955 kerana mengaibkan kehormatan seseorang dan berkelakuan tidak senonoh. – BERNAMA

TERKINI: Ibu Mengaku Rantai Anak Perempuan Kaki Mabuk Depan Kompleks

KLIK BACAMukhriz Perdana Menteri Malaysia, Tun Mahathir tak suka…

KLIK BACA: Zahid cuba aibkan Najib, cybertooper sokong kerajaan tinggal 6.6 peratus?

KLIK BACA: MAHFUZ SIMPATI ADA PIHAK CUBA JATUHKAN RAKANNYA ZAHID TAPI SIAPA?

TERKINI: Forest City pajakan 99 tahun atau pegangan bebas NAJIB?

KLIK BACA: Teks ucapan Dr Mahathir yang orang melayu mesti baca!

TERKINIKuat betul tawakal Dr Mahathir pelawa diri ditangkap dan dibicarakan – Ana Ghoib

KLIK BACA: GEMPA BUMI – Teguran Allah kata Rasulullah – Jawablah… – Ana Ghoib

TERKINI: “Saya akui saya sudah tua nyanyuk tetapi….” – Tun Mahathir

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share