Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Abdul Rahman Dahlan menafikan kenyataannya terhadap veteran DAP Lim Kit Siang dan anaknya, Lim Guan Eng sebagai calon timbalan perdana menteri jelas merujuk kepada perkauman.

“Sekadar aspek kepimpinan dan pemikiran mereka yang menjadikan kedua-duanya pilihan yang tidak baik (untuk jawatan berkenaan),” katanya menerusi Twitter yang dihantar petang ini.

Ia selepas para pengguna Twitter menuduh pengarah komunikasi strategik BN itu sebagai rasis berhubung kritikan beliau terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad yang kononnya mahu memberikan jawatan nombor dua itu kepada Kit Siang.

“Mahathir bersedia menjadikan Kit Siang selaku timbalan perdana menteri demi kuasa. Apakah jenis kegilaan ini,” tulis beliau.

Terdahulu, beliau menulis Mahathir mendakwa kebanjiran warga China di Johor boleh mengubah lanskap politik Malaysia tetapi bekas perdana menteri itu tidak sedar dengan melantik pemimpin DAP sebagai timbalan perdana menteri juga akan mengubah landskap politik negara ini.

Menjawab kepada pengguna tweeter yang menuduh Abdul Rahman sebagai rasis dengan mengeluarkan jawapan standard mengapa ‘Cina tidak boleh jadi timbalan perdana menteri”, beliau menegaskan kenyataan itu merujuk kepada DAP dan bukannya masyarakat Cina.  – Malaysiakini

TERBARU: Najib ejek Tun Mahathir sebagai ‘U-turn’ Mahathir

KLIK BACA: Anjing menyalak bukit tak akan runtuh, kata Tun Mahathir

PANAS KLIK BACA: Playbxy punca masalah Malaysia – Sanusi Junid

KLIK BACA: Najib dakwa Tun M mahu beri jawatan TPM kepada DAP

DIKEMASKINI: Kata-kata saya diputar belit media, Dr Mahathir beritahu Kit Siang

KLIK BACA: Bagaimana Jho Low boleh ada 2 pasport Malaysia dengan 2 nama, dakwa Anina Saadudin

TERKINI: NGO C4 gesa tangkap Jho Low

KLIK BACA:Biras tuduh Bahri salahguna kuasa semasa dalam SPRM

TERKINI: Antara Najib dan DAP siapa patut kita takuti? – Shahbudin

TERKINIKuat betul tawakal Dr Mahathir pelawa diri ditangkap dan dibicarakan – Ana Ghoib

KLIK BACA: NAJIB TERSEPIT ANTARA ‘APA LAGI CINA MAHU, APA SAJA NEGARA CHINA MAHU’

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share