Advertisements

oleh Ana Ghoib

Kuat betul tawakal lelaki bernama Mahathir anak Mohamad yang berusia hampir seabad ini dalam tulisannya mengenai bantahannya berkenaan tindakan seorang pemimpin lain yang memegang polisi menjual tanah melayu ini meski sedikit kepada negara China.

Kenapa penulis katakan kuat ‘tawakal’ Mahathir adalah kerana begitu yakinnya kepada kebenaran maka sudah acapkali beliau mencabar ditangkap dan dibicarakan di mahkamah terbuka.

Setiap kali dia Mahathir menulis dan bercakap seumpama meletakkan lehernya untuk dipenggal dan kami yang mengulas dan menyiarkan pula silap-silap kena pancung.

Ana Ghoib teringat tulisannya lama dahulu di dalam buku “The Malay Dilemma” yang diakhirinya dengan kalimat yang disebut Allah di dalam Al Quran yakni: “Kebenaran, Demi Kebenaran, Kebenaran Ku Katakan”. Itu juga adalah di antara kalimat dalam situasi di mana Allah menyanggah hujah Iblis yang angkuh membantah dan menderhaka mahu pula menyesatkan manusia.

Di dalam buku itu Mahathir turut menceritakan kesusahan orang Melayu miskin mengetuk pintu rumah tauke Cina di malam hari untuk meminjam duit dan hari ini siapa sangka orang kaya pun meminjam duit dari orang China dan menjual pula tanah melayu bugisnya itu. Satu indakan yang tidak bervisi teringat pula dialog filem Ali Baba Bujang Lapok bila mana Sudin menyebut, ‘kamu ingat orang kaya semua senang ker, kadang -kadang sesak jugak laaa….’.

Advertisements

Balik kepada kisah tawakal, peguam Mahathir, saudara Haniff Khatri sebelum ini ada mengulas isu 1MDB dan Encik Jho Low atau Low Thaek Jho yang mana beliau dipetik menyebut, “percayalah mahkamah kita bukan bodoh” di dalam video yang disiarkan oleh blogger Din Turtle.

Itu juga satu jenis tawakal lagi yang mana suka diperhatikan oleh pendukung kebenaran dan keadilan namun barang diingat bahawa Ana Ghoib menuliskan ini bukan kerana menyokong mana-mana pihak [syirik menyembah puja manusia] namun kerana kebenaran dan keadilan yang mesti dilaksanakan menurut sistem yang tiada siapa terkecuali.

Dia Mahathir percaya kepada tuhan dan negaranya justeru apa yang memacu keberanian semangatnya sejak dahulu ialah api kebenaran. Mahathir ini selalu dipuji tetapi kedengaran atau dibaca juga dia selalu mengembalikan puji-pujian itu kepada Allah berlainan dengan sesetengah pemimpin yang terang-terangan minta dipuji.

Sebagaimana Allah yang pemaaf ‘Al Afuw’ IA mengampun dosa salah silap kecil kepada yang meminta tetapi  kesalahan yang besar itu [dalam kasus ini soal AMANAH] tetap dituntut pengadilannya apatah lagi kamu sendiri sebagai umara’ bersama rakyat telah sepakat urusan undang-undang itu.

Allah sentiasa memerhati dan pengetahuan Tuhan kita meliputi akan tiap-tiap sesuatu. Kepada Allah jualah kita bertawakal dan berdoa agar Allah menghukum antara mereka malah kaum melayu ini dengan kebenaran (keadilan), kerana DIA jualah sebaik-baik Hakim didunia dan diakhirat.

Firman Allah – Katakanlah (wahai Muhammad): “Tidak sekali-kali akan menimpa kami sesuatu pun melainkan apa yang telah ditetapkan Allah bagi kami. Dia lah Pelindung yang menyelamatkan kami, dan (dengan kepercayaan itu) maka kepada Allah jualah hendaknya orang-orang yang beriman bertawakal”. – (At-Taubah 9:51)

Teruskan perjuangan Mahathir anak Mohamad manakala Ana Ghoib boleh menulis secara terperinci lagi namun kerana kesihatan ku yang sudah tua ini nanti aku dipanggil penguasa lagi malah silap-silap aku pula dibicarakan kerana menyampaikan cerita-cerita kamu; namun meski apa pun meminjam kata-kata Yusuf a.s bahawa penjara itu lebih aku cintai dari tidak menyatakan kebenaran.

Akhir kalam kata semangat kepada Mahathir [yang mintanya mudah iaitu perbicaraan adil] bertawakal kepada Allah orang-orang yang bertawakal, sesungguhnya Allah Mengasihi orang-orang yang bertawakal kepadaNya.

Firman Allah: Dan perintah Kami hanyalah satu perkataan seperti kerdipan mata. – (Al-Qamar: 50)

KLIK VIDEO: Video amanat Tun Mahathir kepada penduduk Pekan, tolonglah…

KLIK BACA: Rasulullah soal Sahabat bagaimana jika kau lihat pembesar mengambil harta?

KLIK BACA: Mahathir bertanding PRU-14 di Putrajaya kota yang dibangunkannya – Husam Musa

KLIK BACA: Zaman Mahathir rakyat tidak terkongkong – Bekas MB Selangor Mat Taib

KLIK BACA: Kita berada pada zaman yang menakutkan – Tun Mahathir

MESTI BACA: Sanusi: Tun Mahathir cuba tegur tapi seperti mencurah air di daun keladi

KLIK BACA: 29 Dalil Kesalahan-kesalahan krusial Kit Siang

KLIK BACA: Zaid: Ketepi siasatan forex adakan inkuiri pembunuhan Altantuya

KLIK BACA: GEMPA BUMI – Teguran Allah kata Rasulullah – Jawablah… – Ana Ghoib

TERKINI: “Saya akui saya sudah tua nyanyuk tetapi….” – Tun Mahathir

KLIK BACAPenerangan peguam Dr Mahathir mengenai Jho Low @ Eric Tan

KLIK BACA: Najib – Dr Mahathir mampu melakukan sekali lagi untuk Malaysia

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share