Advertisements

Seorang pelukis mendakwa karyanya yang menyampaikan kritikan terhadap ‘budaya bodek dalam masyarakat’ diturunkan ketika pameran berlangsung di Balai Seni Visual Negara baru-baru ini.

Suddin Lappo berkata, perkara itu hanya diketahui selepas seorang rakannya berkongsikan makluman tersebut.

Selepas bergegas ke Balai Seni Visual Negara, beliau mendapati karya itu diganti sekeping nota berbunyi ‘Karya ini diturunkan sementara bagi penyelenggaraan galeri’.

Suddin juga mendakwa tidak dihubungi Lembaga Pembangunan Seni Visual Negara bagi memaklumkan perkara itu.

“Aku sedikit bingung, juga khuatir kalau karya itu sudah rosak, tercalar atau bagaimana? Sementara aku tidak dihubungi oleh mana-mana pihak sebelumnya. Dan cuma dapat tahu hal ini baru kemarin,” soal Suddin dalam laman Facebook beliau.

Menurut Suddin, karya catan bertajuk ‘The Subtitle’ itu meminjam imej daripada salah satu babak dalam filem trilogi ‘The Godfather’, karya Francis Ford Coppola.

Advertisements

“Teks pada karya tersebut juga dipetik dari dialog watak utama, Don Vito Corleone, ‘I’ll make him an offer he can’t refuse’ yang diterjemahkan secara kreatif oleh pelukis sebagai teks sarikata pada karya.

“Penghayat disaran untuk melihatnya sebagai sebuah layar filem. Cuma mungkin saiz karya tidaklah cukup besar seperti dalam panggung wayang,’ jelas Suddin.

Jelasnya, inti utama yang cuba disampaikan dalam karya itu adalah kritikan terhadap budaya bodek dalam masyarakat.

“Ini dapat dilihat pada aksi-postur salam cium tangan. Ya, aksi ini pun boleh ditafsirkan dalam dua keadaan, sama ada sebagai rasa hormat, atau rasa tunduk (lemah) kepada kuasa yang lebih besar,” kata Suddin.

Beliau juga berkata, ia sama seperti salam seorang murid terhadap guru, anak terhadap ibu bapanya atau pekerja dan majikan.

“Selebihnya khalayak sendiri yang pandai-pandai menafsir makna. Pengkarya pula tidak punya kuasa untuk menghalang. Kerana karya itu bisu, dan fikiran manusia yang becok,” jelas Suddin.

Malaysiakini sedang mendapatkan maklum balas pihak Lembaga Pembangunan Seni Visual Negara bagi mengesahkan perkara tersebut.

TERBARUSingapura Cungkil Ulat Daripada Kaki Reput 1MDB – Kadir Jasin

DIKEMASKINI: Jho Low didakwa di Singapura apa jadi, soal Shahbudin Husin

TERBARU: “Tak boleh salahkan mufti, lebai dan haji kalau tak faham 1MDB”

TERKINI: Raja Petra tuduh Mahathir curi wang royalti RM1 bilion

TERKINI: Hutang negara dijangka lebih RM1 trilion, dakwa Tony Pua

TERBARU: 1MDB pura-pura untung, pinjam tak pernah hasil wang dari perniagaan – Tony Pua

TERKINI: Guan Eng gesa kerajaan batal pasport Jho Low untuk selesai skandal 1MDB

TERKINIJens Fred Sturzenegger mengaku salah 6 tuduhan siasatan 1MDB Singapura

TERBARUNajib akhirnya bersuara kes tangkapan SPRM tapi……

TERKINIDr Mahathir sanggup didakwa di mahkamah buktikan salah laku Najib

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share