Mengapa Felda bertindak mendapatkan pembiayaan swasta sebanyak RM1 bilion untuk projek perumahan peneroka daripada sebuah firma Singapura?

Itulah persoalan yang dibangkitkan oleh Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli yang mahu tahu bagaimana Felda memperoleh pembiayaan dari Putra Star Investment Holdings Pte Ltd yang berpangkalan di Singapura.

“Sekalipun saya adalah salah sebuah syarikat yang paling kaya di dunia, saya tidak akan berikan RM1 bilion tanpa cagaran.

“Apa yang Felda cagarkan untuk dapatkan pembiayaan tersebut?” tanya Rafizi semasa sidang akhbar di Kuala Lumpur, hari ini.

Pada masa yang sama, beliau juga ingin mengetahui lebih lanjut mengenai syarat-syarat perjanjian pinjaman berkenaan.

Advertisements

Felda dan Putra Star Investment Holdings memeterai perjanjian bagi membiayai program Perumahan Generasi Baharu Felda (PGBF) pada 6 September tahun lepas.

Laporan Bernama semasa majlis memeterai perjanjian itu memetik Pengerusi Felda ketika itu, Tan Sri Isa Samad sebagai berkata, program berkenaan yang mempunyai nilai pembangunan kasar RM1 bilion mengalami kelewatan ekoran masalah mekanisme pembiayaan.

“Bagaimanapun, isu berkenaan diselesaikan setelah memilih inisiatif pembiayaan swasta melalui Putra Star,” jelas Isa yang dipetik agensi berita tersebut.

Rafizi turut mempersoalkan pemilihan Putra Star. – Malaysiakini

TERKINI: Hutang negara dijangka lebih RM1 trilion, dakwa Tony Pua

TERBARU: 1MDB pura-pura untung, pinjam tak pernah hasil wang dari perniagaan – Tony Pua

TERKINI: Guan Eng gesa kerajaan batal pasport Jho Low untuk selesai skandal 1MDB

TERBARUNajib akhirnya bersuara kes tangkapan SPRM tapi……

TERKINI: Jual tanah kepada China, Nazri sifatkan Mahathir ‘gila’

TERKINI: Apakah Peguam Negara ada kuasa lindungi PM, kata bekas polis

TERKINI: 1MDB – Pengurus bank warga Switzerland di Singapura didakwa menipu urusan Jho Low

TERKINIDr Mahathir sanggup didakwa di mahkamah buktikan salah laku Najib

CLICK READAngered by Mahathir KLCC outfit, govt demands Miss Universe dress as MRT

Advertisements

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share