Advertisements

Bekas ketua Jabatan Siasatan Jenayah (CID) Kuala Lumpur Datuk Mat Zain Ibrahim mempersoalkan sama ada Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali mempunyai kuasa melindungi sesiapa sahaja yang melakukan jenayah.

Ini berikutan kenyataan menteri undang-undang pada 2011, Datuk Seri Nazri Aziz yang memberitahu parlimen bahawa peguam negara tidak mempunyai kusa melindungi mana-mana individu yang melakukan tindakan jenayah berdasarkan pertimbangan politik.

Justeru itu, Mat Zain mempersoalkan bagaimana Apandi boleh membersihkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak daripada sebarang salah laku berkaitan kes 1MDB dan SRC International pada Januari tahun lepas.

“Isu di sini ialah jika pada tahun 2011 Nazri yang bercakap sebagai menteri dalam kabinet Najib mengesahkan bahawa peguam negara tidak mempunyai kuasa untuk melindungi sesiapa sahaja atas alasan politik, di mana Apandi mendapatkan hak atau kuasa melindungi Najib daripada sebarang salah laku mengenai derma RM2.6 bilion dan SRC,” katanya.

Nazri ketika itu menjawab soalan Ahli Parlimen DAP Lim Kit Siang berhubung surat terbuka Mat Zain berkenaan wang RM40 juta yang dijumpai dalam beberapa akaun bank bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Rahim Tamby Chik.

Ia didakwa diperoleh melalui penyalahgunaan kuasa dan rasuah yang kemudian disiasat badan pencegah rasuah.

Advertisements

Mat Zain berkata negara menghadapi keadaan yang sama apabila wang berjumlah RM42 juta daripada SRC ditemui dalam akaun peribadi Najib.

Apandi, katanya, kemudian mengisytiharkan Najib tidak melakukan sebarang jenayah. – Sumber baca lanjut di  Malaysiakini


Nota Ana Ghoib tiada niat aniaya tetapi benar dan adil

Firman Allah: Wahai orang-orang yang beriman! Hendaklah kamu menjadi orang-orang yang sentiasa menegakkan keadilan, lagi menjadi saksi (yang menerangkan kebenaran) kerana Allah, sekalipun terhadap diri kamu sendiri, atau ibu bapa dan kaum kerabat kamu.

Kalaulah orang (yang didakwa) itu kaya atau miskin (maka janganlah kamu terhalang daripada menjadi saksi yang memperkatakan kebenaran disebabkan kamu bertimbang rasa), kerana Allah lebih bertimbang rasa kepada keduanya. Oleh itu, janganlah kamu turutkan hawa nafsu supaya kamu tidak menyeleweng dari keadilan.

Dan jika kamu memutar-balikkan keterangan ataupun enggan (daripada menjadi saksi), maka sesungguhnya Allah sentiasa Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan. – (An-Nisaa’ 4:135)

Nota kepada para peguam dan hakim Putrajaya

Dan janganlah sekali-kali kebencian kalian terhadap sesuatu kaum, mendorong kalian untuk berlaku tidak adil. Berlaku adillah, karena adil itu lebih dekat kepada takwa.- (Al-Maidah: 8)

Sahabat Abdullah ibnu Rawwahah ketika diutus oleh Nabi Saw. melakukan penaksiran terhadap buah-buahan dan hasil tuaian milik orang-orang Yahudi Khaibar. Ketika itu mereka bermaksud merasuahnya dengan tujuan agar bersikap lunak terhadap mereka.

Tetapi Abdullah ibnu Rawwahah berkata: “Demi Allah, sesungguhnya aku datang kepada kalian dari makhluk yang paling aku cintai, dan sesungguhnya kalian ini lebih aku benci daripada kera dan babi yang sederajat dengan kalian.

Bukan karena cintaku kepadanya atau benciku terhadap kalian, lalu aku tidak berlaku adil terhadap kalian.”

Mereka kemudian mengatakan, “Dengan demikian, berarti langit dan bumi akan tetap tegak.” – Ibnu Katsir

Firman Allah: Dan barang siapa yang menyembunyikannya, maka sesungguhnya ia adalah orang yang berdosa hatinya. – (Al-Baqarah: 283)

Nabi Saw. telah bersabda: Sebaik-baik saksi ialah orang yang mengemukakan kesaksiannya sebelum diminta untuk bersaksi.

Firman Allah: Sesungguhnya orang-orang yang menimpakan bencana untuk memesongkan orang-orang lelaki yang beriman dan orang-orang perempuan yang beriman, kemudian mereka tidak bertaubat, maka mereka akan beroleh azab neraka Jahannam (kerana perbuatan buruk itu), dan mereka akan beroleh lagi azab api yang kuat membakar (kerana mereka tidak bertaubat). – (Al-Buruuj 85:10) –  #SPRM #HamidBador #BahriMohamadZin – Thoha Putrajaya – Berita Mimpi – Ana Ghoib

TERKINI: Nazri sifatkan Mahathir ‘gila’

TERKINI: 1MDB – Pengurus bank warga Switzerland di Singapura didakwa menipu urusan Jho Low

TERBARU: Jual tanah negara, Najib beri makna baru FDI – Tun Mahathir

TERKINIDr Mahathir sanggup didakwa di mahkamah buktikan salah laku Najib

TERBARU: Cuti luar negara, Najib cuma luang masa bersama anak, kata pembantu Rosmah

TERKINI: Jemaah Haji selepas ini jangan pura-pura tak tahu sumber wang – Tun Mahathir

TERKINI: Tun Mahathir tak kenal siapa BAHRI yang difitnah pemakan DEDAK

CLICK READAngered by Mahathir KLCC outfit, govt demands Miss Universe dress as MRT

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share