MERAPOH – Seorang lelaki yang identitinya masih belum dikenal pasti maut akibat dilanggar keretapi di kilometer 260 berhampiran Kampung Paya Keladi, Chegar Perah.

Dalam kejadian kira-kira jam 5 pagi tadi, mangsa ditemui dalam keadaan kepala terputus dan tubuh hampir berkecai.

Ketua Polis Lipis, Superintenden Azry Akmar Ayob berkata, seorang pekerja Keretapi Tanah Melayu (KTM) memaklumkan berlaku kemalangan iaitu kereta api Tren Local Shuttle 50NK dari arah Kuala Lipis menghala ke Kelantan telah melanggar seseorang.

“Sepasukan anggota polis ke lokasi kejadian dan menemui mayat mangsa namun belum diketahui identitinya.

“Pihak polis terpaksa mengambil sedikit masa bagi mengutip cebisan mayat sebelum dibawa ke Hospital Lipis untuk bedah siasat,”katanya.

Beliau berkata, orang ramai yang ada kehilangan ahli keluarga diminta tampil bagi membantu proses pengecaman mayat.

KLIK BACA: Ambil BR1M itu rasuah, salah di sisi undang-undang – Mahathir

KLIK BACA: Najib tanggung beban, pengurusan 1MDB yang ‘mangkuk hayun’, kata Menteri Kewangan II

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share

SHARE