Empat sekeluarga termasuk dua bayi kembar berusia setahun maut dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Jalan Tampin-Gemas hari ini. – Foto Bernama

Penguasa Kanan Bomba II dari Balai Bomba dan Penyelamat Tampin, Roslan Sahrani berkata dalam kejadian itu, kereta Proton Saga yang dinaiki enam sekeluarga dipercayai terbabas sebelum melanggar sebuah kereta Proton Persona yang dipandu seorang lelaki berusia 62 tahun dari arah bertentangan.

Tragedi menjelang Krismas ragut 18 nyawa

KUALA LUMPUR – Sehari menjelang Krismas, 18 nyawa melayang dalam dua kemalangan jalan raya berasingan di Muar, Johor dan Tampin, Negeri Sembilan.

Awal pagi tadi kira-kira kira-kira pukul 3.30 pagi, sebuah bas ekspres terjunam ke dalam cerun setinggi 10 meter di Kilometer 137.3, Lebuhraya Utara Selatan arah utara berdekatan kawasan Rehat dan Rawat Pagoh, Johor.

Dalam kemalangan itu 14 maut manakala 16 lagi cedera, manakala di Tampin pula, empat sekeluarga termasuk dua bayi kembar berusia satu tahun maut dalam kemalangan membabit dua kenderaan di Jalan Tampin-Gemas.

Kejadian di Tampin berlaku pukul 3.20 petang hari ini apabila sebuah kereta Proton Saga yang dinaiki enam sekeluarga dipercayai terbabas sebelum melanggar sebuah kereta Proton Persona dipandu seorang lelaki yang berusia 62 tahun yang datang dari arah bertentangan.

Kemalangan jalan raya dilihat sering berlaku setiap kali musim perayaan sekali pun pelbagai langkah penguatkuasaan dilakukan dalam memberi kesedaran kepada para pengguna agar memandu secara berhati-hati.

Kemalangan bas menyayat hati itu turut mendapat perhatian Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, beliau menerusi catatan di Twitternya hari ini merakamkan takziah kepada keluarga mangsa yang terbabit dalam kemalangan bas ekspres yang mengorbankan 14 nyawa.

Sehubungan itu, Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) telah bertindak menggantung serta-merta lesen perkhidmatan Goldstar Express (M) Sdn Bhd, pengendali bas ekspres yang terbabit dalam kemalangan yang berlaku di Muar itu.  – Bernama

KLIK BACA: Ambil BR1M itu rasuah, salah di sisi undang-undang – Mahathir

KLIK BACA: Najib tanggung beban, pengurusan 1MDB yang ‘mangkuk hayun’, kata Menteri Kewangan II

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share