Rosmah mendedahkan hasratnya bertanya soalan kepada Mark Zukerberg mengenai cara mengatasi akaun Facebook palsu – Foto NewEurope

KUALA LUMPUR: Isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor berkata beliau tidak pernah mempunyai akaun laman sosial, khususnya Facebook dan Twitter.

Sehubungan itu, Rosmah mengingatkan orang ramai supaya tidak terpedaya dengan mana-mana laman sosial menggunakan namanya.

Menurutnya, terdapat 20 akaun Facebook pada masa ini yang menggunakan namanya.

“Saya tidak pernah mendaftar akaun Facebook. Saya tak ada Twitter. Cuma ada (telefon bimbit) Samsung yang antik. Asalkan boleh buat panggilan, terima panggilan… hantar dan jawab SMS (khidmat pesanan ringkas).

“Kalau ada baca (laman sosial atas nama saya), maknanya kena tipu. (Jika) ada apa-apa dengan saya, tanya secara berdepan. Cakap perkara yang betul, jangan cakap bohong,” katanya.

Rosmah berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Tahunan Bersama Penaung Skuad Sayang Kebangsaan di Dewan Tun Dr Ismail bersempena Perhimpunan Agung Umno 2016 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, hari ini.

Rosmah berkata kewujudan akaun Facebook palsu itu “memberi semangat” kepadanya untuk menghadiri sesi ucaptama Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Facebook Mark Zukerberg pada Sidang Kemuncak CEO 2016 di Lima, Peru, baru-baru ini.

Katanya, semangat untuk berjumpa dengan Zukerberg menyebabkan beliau ditegur suaminya Datuk Seri Najib Razak yang “hairan” melihat beliau sanggup keluar awal pagi sedangkan mereka tiba lewat di Peru.

“Saya jawab (kepada Najib) yang saya nak tanya soalan pada Zukerberg iaitu, anda (Zukerberg) perlu ada mekanisme untuk mengesan akaun Facebook yang palsu. Saya tunggu tapi tak ada sesi soal jawab.

“Saya tanya juga pada pegawai jika saya boleh bertanya kepada beliau tetapi pegawai cakap tak boleh sebab dia kena bergegas ke tempat lain. Saya nak tanya kerana Facebook pun ada kekurangan,” katanya. – BERNAMA

KLIK VIDEO: Dr Mahathir terangkan cara Najib pinjam duit

DIKEMASKINI: Syed Saddiq Kongsi Gambar Bertemu Sultan Johor

TERKINI: Hashim Jasin tidak tolak kemungkinan PAS kerjasama dengan DAP dan AMANAH 

TUN MAHATHIR: ‘Benarkanlah perundangan dilaksana dalam perbicaraan

KLIK BACAAnak Tajuddin menang bidaan Prasarana projek bernilai RM1.1 bilion

MAHATHIR TOLAK MKNDr Mahathir: Keluarga si mati tak boleh tuntut keadilan?

KLIK BACA: Najib kesal rakyat percaya ilmu hitam

TERKINI VIDEO: Jamal Yunos dicabar bertarung dengan kucing jantan

WAWANCARA THE STAR: Najib jelaskan mengapa Dr Mahathir gagal jatuhkannya

KLIK BACA: Petisyen desak rumah putih identiti MO1

KLIK BACA: Betulkah Nazir Najib tidak takut yakin kerana benar? – Shahbudin Husin

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share