5,000 warga asing pastikan BN menang setiap kerusi marginal, kata Dr Mahathir

oleh V Anbalagan

PETALING JAYA: Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa Datuk Seri Najib Razak bercadang memberi kad pengenalan kepada kira-kira 5,000 warga asing bagi memastikan kemenangan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum akan datang.

“Ini adalah cerita menakutkan, saya dengar ada percubaan mengeluarkan kad pengenalan kepada warga asing untuk menyokong Najib pada pilihan raya umum akan datang,” katanya dalam satu majlis di Kampung Krubong Tengah, Melaka, Sabtu lalu.

Acara yang turut dihadiri Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tan Sri Muhyiddin Yassin itu dimuat naik ke Facebook Kelab Che Det.

Bekas perdana menteri itu mendakwa 5,000 pengundi itu akan diagihkan ke setiap kerusi marginal bagi memastikan kemenangan BN.

“Kerusi-kerusi ini boleh dimenangi dengan majoriti beberapa ratus undi tetapi 5,000 undi akan memberi kemenangan kepada Najib,” katanya sambil menambah Najib akan berbuat apa sahaja untuk mengekalkan kuasanya susulan skandal 1MDB.

Dakwaan sama dibangkitkan pada Pilihan Raya Umum ke-13 kononnya ribuan warga asing dijadikan warganegara untuk membolehkan mereka mengundi pada 2013.

Pengerusi PPBM itu juga menerangkan cara Najib meminjam dari China dan kebimbangannya dengan pembinaan penempatan asing di Iskandar, Johor susulan laporan mendakwa pemaju China menyasarkan warga asing, khasnya dari Singapura membeli hartanah di negeri selatan itu.

“Kira-kira 700,000 rumah berharga RM1 juta hingga RM5 juta akan dibina di Forest City, Johor yang mungkin direbut warga asing. Orang tempatan tidak mampu membeli hartanah ini,” katanya.

Baru-baru ini, Bloomberg melaporkan syarikat China kini memfokuskan Johor untuk membina kompleks gergasi kediaman.

“Pemaju China ini membina beribu-ribu rumah pada satu masa dan mereka menakutkan semua orang,” kata Siva Shanker, bekas Presiden Institut Ejen Hartanah Malaysia kepada Bloomberg.

“Tuhan sahaja yang tahu siapa akan beli semua unit ini dan apabila ia siap nanti, soalan lebih besar ialah siapa yang akan tinggal di dalamnya?” – Sumber  FMT

DIKEMASKINI: Syed Saddiq Kongsi Gambar Bertemu Sultan Johor

TERKINI: Hashim Jasin tidak tolak kemungkinan PAS kerjasama dengan DAP dan AMANAH 

TUN MAHATHIR: ‘Benarkanlah perundangan dilaksana dalam perbicaraan

KLIK BACAAnak Tajuddin menang bidaan Prasarana projek bernilai RM1.1 bilion

MAHATHIR TOLAK MKNDr Mahathir: Keluarga si mati tak boleh tuntut keadilan?

KLIK BACA: Najib kesal rakyat percaya ilmu hitam

TERKINI VIDEO: Jamal Yunos dicabar bertarung dengan kucing jantan

WAWANCARA THE STAR: Najib jelaskan mengapa Dr Mahathir gagal jatuhkannya

KLIK BACA: Petisyen desak rumah putih identiti MO1

KLIK BACA: Betulkah Nazir Najib tidak takut yakin kerana benar? – Shahbudin Husin

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share