Selepas surat Syed Saddiq di dakwa mempersoalkan larangan Sultan Johor mengadakan demonstrasi di negeri itu, pemimpin muda Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Syed Saddiq Syed Abul Rahman semalam menerima undangan daripada Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dan pertemuan di istana unik yang diinspirasikan dari kartun Flinstone.

Syed Saddiq yang mengetuai sayap pemuda PPBM [Armada Bersatu] turut memuat naik sekeping gambar menunjukkan Sultan Johor selesa berpakaian baju T sambil duduk di istana bertemakan zaman purba ala-Flinstone di Mersing, Johor.

Syed Saddiq Syed Abdul Rahman

Patik menyembahkan kesyukuran ke bawah DYMM Tuanku Sultan Johor dan keseluruhan kerabat diraja Johor yang berkenan menjemput patik datang ke Istana Flinstone, Mersing.

1. Sebelum patik tiba di Istana Flinstone secara jujurnya, patik cukup takut dan risau. Bukan kerana takut akan dikenakan tindakan berkenaan surat tempoh hari. Tapi risau sekiranya memang benar surat itu menyinggung perasaan DYMM Tuanku. Bukanlah niat patik ingin merendah-rendahkan Tuanku dengan warkah ikhlas tempoh hari.

Namun, selepas berpeluang menghadap DYMM Tuanku, patik dapati bahawa Tuanku merupakan seorang Sultan yang berjiwa rakyat. Sangat memahami diri kecil patik, rakyat biasa. Tuanku juga berkenan meluangkan masa memberi nasihat berkenaan masa depan Negeri Johor dan kerjaya patik. Patik sedar bahawa segala tindakan dan keputusan Tuanku adalah berdasarkan rasa cinta dan kasih yang mendalam kepada bumi titahan Tuanku, negeri Johor.

2. Patik juga ingin menjunjung kasih ke bawah DYAM TMJ kerana berkenan menyusun pertemuan ini. Sememangnya DYAM TMJ ialah seorang “visionary”. Baginda Tunku mempunyai impian dan perancangan tentang segala apa yang dititahnya. Bola sepak, kesepakatan Bangsa Johor dan masa depan anak muda Johor. Patik yakin bahawa bumi Johor akan kekal berkembang maju di bawah naungan DYMM Tuanku dan DYAM Tunku.

3. Patik sejujurnya amat terharu dan berasa rendah diri apabila DYMM Tuanku bersama seisi keluarga diraja sudi bercemar duli berjumpa patik dan meluangkan masa hampir seharian bersama patik, rakyat biasa.

Patik dilayan dan diterima bukan sebagai ahli politik dari mana mana pihak tetapi sebagai salah seorang Bangsa Johor. Patik berjanji akan terus berusaha dan berkerja keras untuk pembangunan Negara dan Negeri Johor khususnya selari dgn impian Tuanku dan Tunku.

Memang benar kata orang dulu-dulu, raja dan rakyat berpisah tiada.

Patik yang berdatang sembah,
Syed Saddiq

(Terima kasih DYAM Tunku Idris kerana sudi kongsikan gambar ini kepada patik)

Saddiq sebelum ini disoal siasat polis selepas surat terbuka dimuat naik di laman Facebooknya, mengkritik larangan mengadakan demonstrasi di Johor yang dititahkan Sultan Johor.

Ia susulan laporan yang memetik kenyataan Sultan Johor sebagai tidak membenarkan sebarang tunjuk perasaan jalanan diadakan di Johor.

TUN MAHATHIR: ‘Benarkanlah perundangan dilaksana dalam perbicaraan

KLIK BACAAnak Tajuddin menang bidaan Prasarana projek bernilai RM1.1 bilion

MAHATHIR TOLAK MKNDr Mahathir: Keluarga si mati tak boleh tuntut keadilan?

KLIK BACA: Najib kesal rakyat percaya ilmu hitam

TERKINI VIDEO: Jamal Yunos dicabar bertarung dengan kucing jantan

WAWANCARA THE STAR: Najib jelaskan mengapa Dr Mahathir gagal jatuhkannya

KLIK BACA: Petisyen desak rumah putih identiti MO1

KLIK BACA: Betulkah Nazir Najib tidak takut yakin kerana benar? – Shahbudin Husin

KLIK VIDEODr Mahathir: Kalau tak kerana Najib, Malaysia lebih maju berbanding Singapura

TERBARUBank kena tutup, tidak mungkin pencuri tangkap diri sendiri, kata Husam

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share