Masyarakat perlu mengambil tahu dan menghayati ilmu kesihatan agar sebarang penyakit boleh dicegah di peringkat awal, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Beliau berkata ini kerana terdapat segelintir masyarakat yang masih mempercayai kepercayaan karut tentang sesuatu penyakit ketika kaedah perawatan moden mencapai tahap tertinggi.

Berkongsi pengalaman ketika mengunjungi beberapa pusat autisme sebelum ini, Najib berkata beliau dimaklumkan pengarah pusat berkenaan ia kurang mendapat perhatian ibu bapa yang mempunyai anak autisme kerana mereka percaya keadaan anak mereka disebabkan terkena buatan orang atau ilmu hitam.

“Dalam lawatan tersebut saya bertanya berapa ramai yang menggunakan pusat rawatan yang disediakan kerajaan itu dan dimaklumkan ia tidak seperti diharapkan kerana ada ibu bapa percaya keadaan yang dialami anak-anak mereka adalah disebabkan terkena buatan orang.

“Maknanya masih ada dalam kalangan ibu bapa yang mempercayai sesuatu penyakit itu disebabkan ilmu hitam sehingga mengatasi keyakinan terhadap keupayaan sains dan rawatan moden,” katanya ketika berucap merasmikan majlis Sunathon Perdana di Masjid Putra, di sini hari ini.

Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor turut hadir pada majlis anjuran bersama Pertubuhan Doktor-Doktor Islam Malaysia (Perdim) dan Kementerian Wilayah Persekutuan melibatkan 1,250 peserta dalam kalangan anak yatim, asnaf dan keluarga kurang kemampuan.

Perdana menteri berkata kepercayaan karut itu perlu ditinggalkan kerana jika terus dijadikan amalan, ia secara tidak langsung akan mengetepikan kaedah rawatan yang lebih terjamin.  – Bernama | Foto FMT

KLIK BACA: Betulkah Nazir Najib yakin tidak takut atau bersalah kerana benar? – Shahbudin Husin

KLIK VIDEO: Semoga api terus membakar Israel, kata Sheikh Mishary

KLIK BACA: Rani Kulup beri amaran keras kepada Myanmar – Rohingya

KLIK BACA: Kerajaan tidak akan membenarkan sekolah kebangsaan menjadi “terlalu Islamik”– Menteri Pendidikan

KLIK BACA: Siapa suami Maria Chin [Yunus Lebai Ali] apakah benar mereka dikaitkan dengan CIA

KLIK BACAAnak Tajuddin menang bidaan Prasarana projek bernilai RM1.1 bilion

KLIK VIDEODr Mahathir: Kalau tak kerana Najib, Malaysia lebih maju berbanding Singapura

TUN MAHATHIR: ‘Benarkanlah perundangan dilaksana dalam perbicaraan mahkamah keadilan’

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share