SHAH ALAM – Dua laporan polis dibuat terhadap blog menggunakan nama ‘Negara Pakatan Rakyat’ yang melaporkan kononnya Kerajaan Negeri bersubahat dengan pasangan yang mengasari penguatkuasa wanita Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).

Laporan polis itu dibuat oleh Exco Kerajaan Tempatan, Pemutihan, Kilang Haram dan Pembangunan Kampung Baru, Ean Yong Hian Wah dan Ahli Majlis MBSA, V Papparaidu.

Hian Wah ketika ditemui di luar Ibu Pejabat Polis Shah Alam berkata dakwaan beliau berjumpa dengan pasangan itu dan menawarkan pampasan merupakan fitnah dan tidak berasas.

“Saya tegaskan bahawa, saya tidak pernah berjumpa dengan pasangan itu.

“Saya anggap ini adalah perbuatan kotor dan jahat dilakukan oleh musuh politik,” katanya seperti dipetik Selangor Kini.

Beliau mahu polis menjalankan siasatan secara profesional supaya blogger yang berkenaan dibawa ke muka pengadilan.

“Isu ini sengaja dipolitikkan dan meniupkan api perkauman. Saya harap rakyat tidak termakan dengan api perkauman ini,” katanya.

Sementara itu, Papparaidu berkata tindakan penyebaran berita terbabit mencemarkan nama baik Kerajaan Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan.

“Kami Ahli Majlis kecewa dengan tindakan ini. Kami mahu Datuk Bandar Shah Alam mengambil tindakan tegas dalam perkara ini.

“Kami mohon polis mengambil tindakan segera dan cepat dalam isu penyebaran ini,” katanya.

Hadir sama Exco Kemiskinan, Kerajaan Prihatin dan Pekerja Ladang, V Ganabatirau dan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad.

Blog itu memaparkan laporan bertajuk ‘MBSA arah kakitangannya tarik balik laporan polis dan dakwa hanya salah faham berkaitan uniform’. – Malaysia Dateline

Video viral kononnya penguatkuasa Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dihalang dari menjalankan tugas oleh pasangan Cina semalam, dipercayai akan diselesaikan dengan baik.

ADUN Seri Kembangan dari parti DAP yang mewakili pasangan tersebut YB Ean Yong Hian Wah yang mewakili pasangan tersebut, dikhabarkan telah menawarkan sejumlah ganti rugi sebagai pampasan kepada penguatkuasan wanita MBSA yang berkenaan.

Hal ini menurut sumber, adalah salah faham berikutan pasangan berkenaan keliru dengan pakaian seragam yang digunakan anggota MBSA berkenaan, yang menurut pasangan berkenaan sama seperti pakaian seragam badan beruniform sekolah.

Oleh yang demikian, menyangkakan pelajar sekolah cuba bergurau dengan memberikan saman, pasangan berkenaan juga bergurau semula tanpa menyedari mereka adalah penguatkuasa MBSA yang sebenarnya.

Justeru, MBSA juga, atas arahan kerajaan negeri, telah mengarahkan kakitangan penguatkuasaan yang berkenaan untuk menarik balik laporan polis yang telah dibuat dan sebagai kakitangan kerajaan negeri, mereka wajib mematuhi arahan tersebut atau tindakan tatatertib dikenakan.

Hal ini akan diselesaikan secara dalaman tanpa perlu campur tangan pihak polis. MBSA juga akan menukar pakaian seragam anggota penguatkuasanya untuk mengelakkan salah faham. Sumber: Negara Pakatan Rakyat

KLIK BACA: Betulkah Nazir Najib yakin tidak takut atau bersalah kerana benar? – Shahbudin Husin

KLIK VIDEO: Semoga api terus membakar Israel, kata Sheikh Mishary

KLIK BACA: Rani Kulup beri amaran keras kepada Myanmar – Rohingya

KLIK BACAAnak Tajuddin menang bidaan Prasarana projek bernilai RM1.1 bilion

KLIK BACA: Kerajaan tidak akan membenarkan sekolah kebangsaan menjadi “terlalu Islamik”– Menteri Pendidikan

KLIK BACA: Siapa suami Maria Chin [Yunus Lebai Ali] apakah benar mereka dikaitkan dengan CIA

KLIK BACAAnak Tajuddin menang bidaan Prasarana projek bernilai RM1.1 bilion

KLIK VIDEODr Mahathir: Kalau tak kerana Najib, Malaysia lebih maju berbanding Singapura

TUN MAHATHIR: ‘Benarkanlah perundangan dilaksana dalam perbicaraan mahkamah keadilan’

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share