Advertisements

oleh Nawar Firdaws

PUTRAJAYA: Kalau tidak kerana pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang teruk, Malaysia mungkin kini lebih ke depan berbanding Singapura daripada aspek ekonomi dan pembangunan, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

Bekas perdana menteri itu berkata ibu kota Malaysia, Kuala Lumpur pun lebih besar daripada keseluruhan Singapura.

“Kita tidak jauh ketinggalan berbanding Singapura.

“Jika Najib tidak salah guna kuasanya, dan menggelapkan duit rakyat, maka kita sudah lebih ke hadapan berbanding Singapura sekarang,” katanya pada sidang media di Yayasan Kepimpinan Perdana di sini hari ini.

Advertisements

Najib dituduh menggelapkan berbilion ringgit daripada syarikat pelaburan milik negara 1MDB, dan dengan melindungi orangnya kepada kedudukan tinggi untuk melindunginya daripada sebarang kemungkinan tindakan undang-undang.

Beliau berulang kali menafikan tuduhan itu, dan Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali mengesahkannya dengan membersihkan beliau daripada segala dakwaan salah laku.

Dr Mahathir berkata takut didakwa adalah alasan Najib untuk tidak meletakkan jawatan meskipun jutaan rakyat Malaysia mendesaknya berbuat begitu.

“Dia tahu jika dia tidak ada kuasa, dia akan didakwa di mahkamah kerana menggelapkan duit. Untuk elak penjara, dia kena kekal dalam kuasa supaya dia boleh minta IGP (ketua polis negara) dan AG (peguam negara) tidak dakwa dia.

“Saya tidak ada kuasa untuk buat orang dakwa dia, tetapi saya nasihat mereka yang boleh supaya berbuat demikian.

“Biarkan dia ada rumah cantik dan hidup bahagia di situ,” katanya sinis.

Dr Mahathir turut diminta mengulas mengenai keputusan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Nazri Aziz untuk Malaysia tidak lagi menganjurkan perlumbaan Formula Satu di Sepang sebaik saja perjanjiannya tamat pada 2018.

Beliau berkata: “Ya, mereka patut robohkan F1, Putrajaya dan menara berkembar. Biar KL jadi rata.”

Nazri semalam menjelaskan keputusannya itu dibuat kerana perlumbaan itu terbukti sangat mahal dan tidak membawa keuntungan lumayan. – Source  Free Malaysia Today

KLIK BACAAnak Tajuddin menang bidaan Prasarana projek bernilai RM1.1 bilion

DIKEMASKINI: Anak Tajuddin serang Khalid diminta serah diri bantu siasatan polis

KLIK VIDEO PENUH: Khalid Samad diserang pemuda Pasir Salak

DIKEMASKINI: Khalid ucap terimakasih pegawai keselamatan lindungi dari serangan

KLIK BACA:  Rosmah bergenang airmata kritikan anaknya Azrene, kata pembantu

DIKEMASKINI: Salleh Keruak pengampu terbaik & terhebat dunia! – Shahbudin Husin

KLIK VIDEO: Dr Mahathir sedih atas pemergian blogger Din Turtle

KLIK BACAKetua Polis Negara: Maria ditahan SOSMA berkaitan dokumen digeledah

TERKINI: Ucapan Apec: Obama sebenarnya sindir Najib?

KLIK VIDEODr Mahathir: Kalau tak kerana Najib, Malaysia lebih maju berbanding Singapura

KLIK BACA: ‘Benarkanlah perundangan dilaksana dalam perbicaraan mahkamah keadilan’

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share