KUALA LUMPUR: UMW Toyota Motor Sdn Bhd, pengedar kenderaan Toyota di Malaysia, membuka tempahan untuk Toyota Corolla Altis baharu.

Menurut UMW Toyota, Corolla Altis baharu akan menampilkan reka bentuk segar, dengan ciri keselamatan tambahan termasuk tujuh beg udara manakala kawalan penstabilan kenderaan (VSC) kini adalah ciri standard bagi seluruh rangkaian.

“Corolla Altis baharu datang dengan jaminan lima tahun dengan perbatuan tanpa had.

Jaminan yang disokong sepenuhnya itu boleh dipindah milik kepada pemilik seterusnya jika ia masih berkuat kuasa apabila kenderaan terbabit dijual,” katanya dalam kenyataan di sini.

Pelanggan yang memerlukan maklumat lanjut boleh melayari www.toyota.com.my atau melawat bilik pameran Toyota terdekat.

Advertisements

Untuk bantuan lanjut, boleh hubungi talian telefon percuma Toyota 1-800-8-TOYOTA (869.682).

INFO: Harga atas jalan termasuk cukai jalan, GST serta insurans

Corolla Altis 1.8E (pendaftaran individu) * Semenanjung Malaysia – RM120,900

Corolla Altis 1.8G (pendaftaran individu) * Semenanjung Malaysia – RM123,900

Corolla Altis 2.0V (pendaftaran individu) * Semenanjung Malaysia – RM138,900.

Advertisements

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share