PASIR GUDANG – Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar mengharamkan sebarang demonstrasi jalanan berhubung situasi politik negara diadakan di Johor.

Menurut baginda, tindakan melibatkan diri dalam demonstrasi berkenaan adalah tidak bertanggungjawab dan mampu menjurus kepada perpecahan kaum di dalam negara.

“Kelakuan seperti menghina pemimpin dan individu tertentu dalam demonstrasi tersebut adalah begitu tidak bertanggungjawab dan bukan daripada tabiat orang kita.

“Jadi ingin saya menegaskan bahawa saya tidak akan membenarkan sebarang aktiviti demonstrasi jalanan untuk diadakan di negeri ini.

“Ini adalah kerana demonstrasi seperti itu hanya akan mengganggu ketenteraman awam dan menimbulkam kekecohan dikalangan masyarakat,” titahnya ketika berucap pada Majlis Himpunan Bangsa Johor, di Stadium Tertutup Majlis Perbandaran Pasir Gudang, di sini, semalam.

Sultan Ibrahim juga mahu kesemua pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan masyarakat di negeri ini untuk tidak melibatkan kan diri dalam aktiviti berkenaan sekali gus menyokong budaya sesat berkenaan.

“Jika ada sebarang bantahan dan perasaan tidak puas hati adalah lebih elok jika disalurakan ke jalan yang betul iaitu menerusi wakil rakyat atau sebagainya.

“Dan jika wakil-wakil rakyat yang telah dipilih gagal membawa suara hati rakyat pilih lah pemimpin yang betul ketika menjelang pilihanraya nanti,” katanya. – Sinar Harian

KLIK BACA: Dr Mahathir mungkin hadir ke Parlimen Selasa ini

TERKINI: Apa erti doa nama Allah yang dibaca di Parlimen, soal Kit Siang

KLIK VIDEO: Dr Mahathir: Urus niaga Najib-China ancam kedaulatan Malaysia

KLIK BACA: Anwar ingatkan Najib tidak terlalu bergantung kepada China

KLIK BACA: Projek ECRL paling mahal di dunia tampung hutang 1MDB?

KLIK VIDEO: Dewan kecoh Guan Eng bidas ahli parlimen BN mata dah buta hati mati

KLIK BACA: Niat Mahathir-Muhyiddin jatuhkan Najib haram – Mufti Kelantan

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share