Penyertaan ahli keluarga Datuk Seri Najib Razak dalam lawatan ke Beijing bersesuaian dengan budaya amalan kebiasaan masyarakat China dan keinginan kerajaan negara itu menjalinkan keakraban melalui hubungan peribadi dan kekeluargaan.

Pembantu Datin Seri Rosmah Mansor, Datuk Rizal Mansor berkata jarang untuk Najib membawa keluarganya menyertai lawatan rasmi ke sesebuah negara asing.

Untuk lawatan ke Beijing sekarang, kata Rizal, kerajaan China amat menghargai pertalian hubungan moden antara negara itu dan Malaysia sejak kerajaan pimpinan bapa Najib, Tun Abdul Razak Hussein.

“Malaysia merupakan negara pertama di kalangan Asean menjalin hubungan diplomatik dengan Beijing pada 1974,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Walaupun perdana menteri jarang membawa keluarga, tetapi kata Rizal, adalah normal untuk beliau mahukan anak-anaknya ada bersama ketika lawatan panjang selama seminggu.

Apatah lagi katanya jika lawatan itu dibuat selepas mendapat jemputan khas kerajaan asing untuk membawa keluarga.

“Budaya membina hubungan kekeluargaan ini dikuatkan lagi dengan peribahasa lama Cina yang menyebut apabila anda minum air, fikirkanlah punca air tersebut,” katanya.

Kenyataan itu dipercayai dibuat ekoran penyertaan anak Rosmah, Riza Aziz, dalam penerbangan pesawat kerajaan membawa Najib ke Beijing semalam.

Riza yang juga anak tiri Najib adalah individu disebut pihak berkuasa AS dalam saman sivil Jabatan Kehakiman (DOJ) negara itu ke atas 1MDB.

Riza juga adalah penerbit filem The Wolf of Wall Street lakonan Leonardo DiCaprio.

Peneyrtaan Riza dikesan melalui tweet berserta gambar Najib mengenai ketibaan beliau di Beijing. Bagaimanapun ia kemudian dipadamkan.

Rizal berkata terdapat banyak perjanjian perdagangan dan pelaburan yang akan ditandatangani kerajaan Malaysia dalam lawatan rasmi berkenaan.

Ia, katanya, bakal membawa pelaburan bernilai puluhan billion ringgit dan manfaat untuk Malaysia.

“Jadi mengapa perlu dibangkitkan soal kecil mengenai kedua anak mengikuti beliau dalam lawatan ini? – Malaysiakini

TERKINI: ‘Keluarga Jho Low cuba tangkis rampasan aset guna dana 1MDB’

KLIK BACA: Wang SRC dipinjam dari dana pencen ‘sangkut’ di Bank BSI, kata menteri

KLIK BACA: Najib bawa anak kerana hormat budaya China, kata pembantu Rosmah

KLIK BACA: Nampak 1MDB lebih kebal dari imuniti ahli parlimen

TERKINI: Bicara kes berkaitan 1MDB di Singapura bermula

KLIK VIDEO: Dewan kecoh Guan Eng bidas ahli parlimen BN mata dah buta hati mati

KLIK BACA: MP pertikai kerajaan beli 10 kapal, tapi potong bajet perubatan

KLIK BACA: Niat Mahathir-Muhyiddin jatuhkan Najib haram – Mufti Kelantan

KLIK VIDEO: PENENTANG KERJA MULIA SPRM SEBENARNYA PENCACAI PENDUKUNG RASUAHSHUKRI ABDULL

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share