Ahli keluarga jutawan kelahiran Pulau Pinang Low Taek Jho sedang berusaha menangkis cubaan Amerika Syarikat untuk merampas aset mereka yang didakwa diperolehi melalui dana 1MDB yang diselewengkan.

Menurut laporan Bloomberg, empat ahli keluarga Jho Low, termasuk abang dan bapanya, telah memulakan tuntutan bagi aset di Amerika Syarikat yang dikenalpasti oleh Jabatan Keadilan (DOJ) dalam kes mereka terhadap 1MDB.

Aset berkenaan termasuk AS$100 juta kepetingan dalam EMI Music Publishing Group, jet Bombardier bernilai AS$35 juta dan saham di Park Lane Hotel berjumlah AS$200 juta.

Menurut laporan itu, ahli keluarga Low terpaksa mengambil tindakan undang-undang sendiri bagi menghalang penyitaan berkenaan kerana pemegang amanah yang memegang aset bagi pihak mereka enggan berbuat demikian.

Ia memetik keluarga Jho Low sebagai berkata bahawa pemegang amanah bimbang bahawa mereka akan terdedah kepada “liabiliti jenayah kerana terbabit dalam pengubahan wang haram” jika mereka campur tangan.

Pemegang amanah adalah Rothschild Trust (Schweiz) AG dan Kendris. Mereka masih belum memberikan sebarang reaksi meskipun Bloomberg telah menghubungi mereka.

Ahli keluarga Jho Low adalah benefisiari amanah yang mengawal aset tersebut.

Walau bagaimanapun, Jho Low, yang juga seorang benefisiari, tidak memfailkan sebarang tindakan.

DOJ percaya bahawa dana kira-kira AS$3.5 bilion diselewengkan dari 1MDB dan sedang berusaha untuk merampas kira-kira AS$1bilion aset yang diperolehi melalui dana tersebut.

Tindakan itu susulan dana 1MDB yang diselewengkan itu adalah melalui sistem kewangan Amerika.

Terdapat juga penyiasatan yang sedang dijalankan di Singapura, Switzerland, Luxembourg, Hong Kong, United Arab Emirates. – Malaysiakini

KLIK VIDEO: Rafizi pertikai Riza Aziz dalam jet bersama Najib dalam lawatan ke China


Jho Low’s Relatives Fight U.S. Forfeiture of 1MDB-Linked Assets

Relatives of the financier accused by U.S. prosecutors of playing a central role in siphoning more than $3.5 billion from Malaysia’s state investment fund are fighting attempts to seize assets acquired with misappropriated funds.

The Justice Department is seeking to seize $1 billion in assets bought with funds allegedly laundered through the U.S. banking system. Low has previously denied any wrongdoing and he isn’t a defendant in the in the civil forfeiture complaints.

Funds diverted from 1Malaysia Development Berhad were used for the personal benefit of public officials and their relatives and associates to purchase luxury real estate in the U.S., pay gambling expenses at Las Vegas casinos and acquire more than $200 million in artwork, the Justice Department said in a series of complaints filed in July.

The Malaysia fund is at the center of several international investigations into alleged corruption and money laundering by public officials. Prosecutors in at least four countries – Singapore, Switzerland, Luxembourg and the U.S. – are looking into money flows from the investment vehicle, which was established for national development. – Read more Bloomberg

KLIK VIDEO: Rafizi pertikai Riza Aziz dalam jet bersama Najib dalam lawatan ke China

TERKINI: Bicara kes berkaitan 1MDB di Singapura bermula

KLIK VIDEO: Dewan kecoh Guan Eng bidas ahli parlimen BN mata dah buta hati mati

KLIK BACA: Niat Mahathir-Muhyiddin jatuhkan Najib haram – Mufti Kelantan

KLIK VIDEO: PENENTANG KERJA MULIA SPRM SEBENARNYA PENCACAI PENDUKUNG RASUAHSHUKRI ABDULL

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share