Pengurusan Kolej Matrikulasi Labuan (KML) menafikan bahawa kira-kira 150 pelajarnya menghadapi masalah untuk makan setiap hari akibat penggantungan elaun pelajar sejak Ogos tahun ini.

Pengetuanya [email protected] Amit berkata para pelajar itu, dari keluarga berpendapatan rendah dan sederhana menerima bantuan makanan setiap hari dari pengurusan untuk sarapan pagi hingga makan malam.

“Penggantungan elaun oleh Kementerian Pendidikan hanya sementara dan kami telah membuat rayuan kepada kementerian untuk mempercepatkan pembayaran elaun,” kata beliau kepada media hari ini.

KML kini mempunyai kira-kira 2,500 pelajar dari pelbagai negeri di negara ini dan setiap seorang daripada mereka menerima RM250 setiap bulan sepanjang tempoh pengajian selama 10 bulan atau dua semester.

“Bagaimanapun, pelajar bagi sesi pengambilan 2016/17 hanya menerima elaun bagi bulan Jun dan Julai, dan mereka tidak menerima elaun tersebut sejak itu,” katanya.

Sawang juga menafikan dakwaan bahawa “gotong-royong” atau kerja kemasyarakatan akan diadakan esok untuk membantu memasak makanan untuk pelajar yang berlapar.

Satu pesanan dalam WhatsApp menjadi viral minggu lepas bahawa kira-kira 150 pelajar berlapar dan setengah daripada daripada mereka didapati berkongsi pek mi “maggi” dan menyeru orang ramai bersama-sama dengan pensyarah kolej untuk membawa makanan mentah, termasuk beras dan minyak masak bagi pelajar tersebut.

“Tidak ada gotong-royong diadakan pada Ahad seperti dihebohkan dalam WhatsApp yang menjadi viral. Pengurusan KML dengan bantuan kafeteria akan menyediakan makanan setiap hari kepada pelajar yang memerlukan … dan kira-kira 100 pelajar dipilih untuk menerima bantuan itu,” katanya.

Sawang bagaimanapun berkata pihak pengurusan KML juga mengalu-alukan bantuan kewangan daripada badan-badan korporat untuk membantu meringankan beban pelajar. – Bernama

TERKINI: Jangan tergesa-gesa tuduh saya, hormatlah SPRM – Shafie Apdal

KLIK VIDEO PENJELASAN KES: Penyokong Bersih dilempar telur, diterajang di Sabak Bernam

KLIK BACA: Najib mesti berani rombak warisan ‘negatif’ Dr Mahathir

KLIK VIDEO: Polis lindungi konvoi BERSIH 5 dihalang Baju Merah di KEDAH

KLIK VIDEO: Dr M: Sikit saja lagi, tiga kerajaan negeri BN boleh tumbang

CLICK READ:  ‘Najib’s meeting with one of the world’s oldest kleptocrats is troubling’ – Kit Siang

TERKINI: Selamat berjaya, kata duta Amerika kepada Najib

TERKINI: Harapan rakyat kepada Majlis Raja-Raja – Datuk A Kadir Jasin

KLIK BACA: Kenapa PAU 2016 tertutup hanya untuk media arus perdana?

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share