Tanpa menyebut nama, Sultan Johor Sultan Ibrahim Iskandar membidas “orang tua yang seakan hilang akal ini.”

Bagaimanapun, adalah jelas bahawa kenyataan baginda ditujukan kepada bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Mahathir menimbulkan kemurkaan sultan apabila beliau tidak bersetuju dengan konsep Bangsa Johor, dan Sultan Ibrahim menyelarnya dalam titahnya, petang ini.

“Mungkin ada orang politik di luar Johor yang cemburu dengan konsep bangsa Johor menyatakan ia hanya membawa pepecahan.

“Bukankan penyatuan pelbagai kaum bawah satu bangsa itu menghasilkan perpaduan? Bukankah perbalahan politik yang membawa perpecahan (antara rakyat)?

“Jangan kita hirau orang tua yang seakan hilang akal ini,” kata baginda.

Apa yang penting, menurut Sultan Ibrahim, adalah bagi penduduk Johor berbangga menjadi bangsa Johor yang bersatu padu dan setiasa menjaga hubungan harmoni antara kaum dan agama yang berbeza.

Baginda berkata demikian pada majlis minum petang bersama 50 pemimpin persatuan Cina di Istana Besar di Johor Baru.

Bulan lalu, Sultan Ibrahim menyelar Mahathir yang jahil berhubung sejarah Johor.

Baginda berkata istilah ‘Bangsa Johor’ telah dicipta oleh moyangnya pada tahun 1920 untuk menyatukan semua kaum di negeri ini “untuk kerjasama, keharmonian dan kewujudan aman”.

“Tiada kaum atau individu telah dipinggirkan. Dia (moyang saya) telah terbukti betul.

“Konsep Bangsa Johor telah dimulakan sebelum Tun Mahathir dilahirkan. Beliau tidak mempunyai idea apa yang dia cakap,” katanya.

Mahathir berhujah bahawa rakyat Malaysia mungkin berpecah jika semangat kenegerian diamalkan. – Malaysiakini


KLIK BACA: Najib Razak: Agong tidak boleh campur usaha Bersatu

TERKINI: Anugerah ditarik, pembantu Rosmah sindir mat salleh Amerika kuno?

KLIK BACA: Ehhh… kenapa Rosmah tolak anugerah pulak? – Shahbudin Husin

TERKINI: WSJ – Ratusan pekerja Petronas mungkin hilang kerja

VIDEO: Ucapan Berapi Shafie Apdal: Apa Guna Bandar Malaysia Jika 60% Hak Milik Negara Asing

KLIK VIDEO: Tun Mahathir – Dakwalah saya di mahkamah, saya nak tanya Rosmah….

KLIK VIDEO: Ngeri 3 kanak kanak di gilis kereta 

KLIK SINI: Borang Daftar Online Ahli Parti Bersatu – PPBM

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share