oleh Datuk A Kadir Jasin

TUN Dr Mahathir Mohamad hari ini melaporkan kepada pelopor Deklarasi Rakyat di rumahnya di Seri Kembangan hasil menghadap Yang di-Pertuan Agong 15 September lepas.

Dr Mahathir menghadap Seri Paduka Baginda di Istana Anak Bukit, Alor Setar, Kedah bagi menyerahkan petisyen Deklarasi Rakyat kepada Seri Paduka Baginda.

Hadir dalam mesyuarat hari ini adalah penandatangan dari parti-parti politik, badan bukan Kerajaan, bloggers dan penggiat media sosial.

Mesyuarat memperbaharui keputusan untuk menyembahkan petisyen yang sama kepada Majlis Raja-raja melalui Penyimpan Mohor Besar Raja-raja Melayu.

Selain itu, usaha juga akan dibuat untuk menghadap mana-mana Raja Melayu yang sanggup berjumpa dengan wakil Deklarasi Rakyat.

Mesyuarat diperingatkan semula mengenai titah Raja-Raja Melayu pada 6 Oktober tahun lalu yang mahukan kerajaan menyelesaikan siasatan berkaitan 1MDB secepat mungkin dan mengambil tindakan tegas yang bersesuaian ke atas semua yang didapati terlibat dan arahan Persidangan Raja-raja kepada Peguam Negara, (Tan Sri) Mohamed Apandi Ali, pada 17 Februari supaya membuat beberapa pindaan ke atas Akta Majlis Keselamatan Negara.

Sebaliknya, Apandi menutup siasatan ke atas 1MDB dan membebaskan Perdana Menteri (Datuk Seri I Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sandrobone Sultan Abdul Jalil) Mohd Najib Tun Abdul Razak daripada segala tanggungjawab.

Akta Majlis Keselamatan Negara pula dikuatkuasakan menjadi undang-undang pada 4 Ogos tanpa mendapat persetujuan Yang di-Pertuan Agong.

Dr Mahathir mengulangi hujah beliau bahawa Yang di-Pertuan Agong boleh merujuk kepada Mahkamah Persekutuan bagi mendapat perintah mengenai status undang-undang akta tersebut di bawah Perkara 130 Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan Yang di-Pertuan Agong boleh meminta mahkamah agung memberi pendapat mengenai kesan mana-mana peruntukan perlembagaan. (Baca lanjut klik sini)

Mesyuarat berpendapat kerajaan telah mengingkari dan tidak mempedulikan titah Raja-raja mengenai 1MDB dan Akta MKN. – Wallahuaklam.

Sumber: The Scribe A Kadir Jasin


TERKINI: Persidangan PBB kenapa Najib tak pergi?

TERKINI: PKR ajak rakyat sokong petisyen kepada Agong untuk betulkan SPR

TERKINI: Kumpulan Deklarasi Rakyat mahu mengadap Raja-raja Melayu

KLIK BACA: Siti muat naik doa Rasulullah untuk pemimpin yang susahkan rakyat

KLIK BACA: Butir pertemuan Tun Mahathir dan Agong, Khairuddin selar Raja Petra pembohong

TERKINI: Bahaya terlalu rapat dengan China – Kadir Jasin

TERKINI: Rumah Mat Sabu terbakar

[signoff predefined=”Disclaimers”][/signoff]

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share