Advertisements

Ratusan juta dolar dana yang diselewengkan daripada 1MDB didakwa Jabatan Keadilan Amerika digunakan Jho Lo dan Riza Aziz untuk berjudi di Las Vegas.

Di Malaysia, dana syarikat pelaburan negara penuh bermasalah, 1MDB digunakan untuk menaja secara percuma 3,511 pemimpin masyarakat untuk menunaikan haji sejak 2011, namun di Amerika Syarikat ratusan juta dolar wang 1MDB yang diselewengkan digunakan untuk membayar hutang judi.

Jumlah yang dibelanjakan 1MDB bagi Program Khas Haji Perdana Menteri-Yayasan 1Malaysia Development Berhad (PKHYABPM-1MDB) turut mengundang persoalan memandangkan sehingga kini tiada sumbangan diberikan syarikat sarat hutang itu ke kantung negara.

Malah peruntukan besar untuk program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) 1MDB itu amat tidak seimbang dengan hutang tanggungan syarikat yang dinilai melebihi RM55 bilion.

Di Amerika Syarikat, Jabatan Kehakiman (DoJ) negara itu mendedahkan sesuatu yang lebih memeranjatkan.

Dalam dokumen saman sivil DoJ terhadap empat individu yang didakwa menyelewengkan dana 1MDB, ratusan juta dolar telah dibelanjakan Riza Aziz, Jho Lo, Tan Kim Loong (pengarah Alsen Chance Holding Limited) dan bekas pegawai tinggi 1MDB untuk berjudi di Vegas.

Advertisements

Bagaimanakah dana 1MDB yang diselewengkan digunakan Jho Low dan Riza Aziz untuk berjudi?

Para 219 dokumen saman sivil DoJ menyebut, Riza Aziz memindahkan sekurang-kurangnya USD41 juta dari dana yang diterima daripada Aabar-BVI ke akaun yang kemudiannya digunakan untuk membayar perbelanjaan perjudian bagi dirinya (Riza Aziz), Jho Low dan Tan.

Para 220 dokumen saman sivil DoJ pula menyebut, beberapa hari selepas akaun Red Granite Capital menerima dana dari Aabar-BVI, sebahagian daripada dana tersebut telah dipindahkan ke akaun di Standard Chartered Bank di Singapura atas nama Alsen Chance Holding Limited (Akaun Alsen Chance).

Pembukaan dokumen akaun tersebut menyenaraikan Tan sebagai pengarah Alsen Chance.

Tidak lama selepas itu, akaun Alsen Chance digunakan untuk membayar perbelanjaan perjudian untuk Jho Low, Tan, Riza Aziz dan sekurang-kurangnya seorang bekas pegawai daripada 1MDB.

Para 221 dan 222 dokumen saman sivil DoJ menyatakan pada 21 Jun 2012, kira-kira tiga hari selepas Aabar-BVI memindahkan USD133,000,000 ke akaun Riza Aziz (Ketua Pegawai Eksekutif, Pengasas, Pengerusi dan Pengeluar Red Granite Capital), beliau memindahkan USD41,000,000 dari akaun Red Granite Capitalnya ke akaun Alsen Chance.

Kira-kira tiga minggu kemudian (10 Julai 2012), sejumlah USD11,000,000 telah dihantar dari akaun Alsen Chance ke akaun bank yang diselenggarakan oleh Las Vagas Sands, LLC.

Antara lain, Las Vegas Sands memiliki dan mengendalikan Venetian Resort Hotel Casino (Casino Venetian) di Las Vegas. Butiran bayaran pada wayar berbunyi: “Player No [XXX] 4296”.

Para 223 dokumen saman sivil DoJ juga menjelaskan bahawa pelanggan XXX4296 ialah Jho Low.

Pada atau sekitar 10 Julai 2012, $11,000,000 telah didepositkan ke dalam akaun Jho Low di Kasino Venetian, dan rekod menunjukkan bahawa Jho Low berjudi di sana selama kira-kira tujuh hari.

Dijelaskan juga bahawa pelanggan XXX8710 ialah Tan Kim Loong.

Para 225 dokumen saman sivil DoJ menyebutkan, pada atau sekitar 15 Julai 2012, Jho Low mengeluarkan sejumlah wang tunai USD1,150,090 di Kasino Venetian.

Beberapa individu berjudi bersama beliau dengan menggunakan akaunnya. Ini termasuk Riza Aziz, pengasas bersama Red Granite Pictures, Mc Farland, seorang pelakon utama dalam filem ‘Wolf of Wall Street’dan bekas Ketua Pegawai Pelaburan 1MDB. – Source Malaysia Dateline

DIKEMASKINI KLIK BACA: Husam & Matthias – “Kami mahu bawa balik wang negara, saman 8 pihak di Amerika”

KLIK BACA: MUSA HITAM – UMNO TIDAK LAGI IKUT PERATURAN TERIMA DERMA POLITIK

KLIK BACA: Saya pernah ketawakan Filipina, sekarang Malaysia begitu – Bekas TPM

KLIK BACA: “Aku akan pergi tidak lama lagi, dapatkah aku pejam mata hembus nafas terakhir” – Tun Mahathir

CLICK READ: Dr Asri – Negara kita bukan Pokemon saja membawa kebodohan dan bahaya

*Disclaimers: Articles are property of the writer or publication as mentioned, cited or linked to. As news 'curator & aggregator' we do not represent the articles republish from any third party content provider.

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share