MADRID: Kegilaan orang ramai terhadap permainan Pokemon Go semakin menjadi-jadi apabila iklan jawatan kosong sebagai jurupandu pelancong bagi memburu raksasa kartun itu mendapat sambutan hangat.

Gara-gara Pokemon Go itu, agensi pelancongan dari selatan Granada di Sepanyol, Junior Travel telah mengambil kesempatan memperkenalkan pakej pelancongan berdasarkan permainan itu.

Setakat ini, agensi terbabit sudah menerima 2,000 permohonan untuk jawatan itu.

Antara syaratnya yang ditetapkan, calon yang layak mestilah sekurang-kurangnya sudah bermain sehingga ke tahap 20 daripada jumlah keseluruhan 40 untuk melayakkan mereka menjadi pemandu pelancong.

Mengikut pakej itu, pelanggan akan dibawa menaiki bas sambil diberi bimbingan cara memburu Pokemon dan bayaran dikenakan adalah 43 euro sehari. – AFP

KLIK INFO: SKMM keluar 10 garis panduan permainan Pokemon GO

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share