Advertisements

Jho Low yang dikaitkan dengan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) mungkin akan lebih selamat jika pulang ke Malaysia dan dijamin individu bernama Malaysian Official 1 (MO1) akan memberinya jagaan keselamatan lebih kuat.

Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menyindir Low yang dikaitkan dengan skandal 1MDB itu dengan mengatakan kepulangannya itu nanti akan dirai.

“Tiada tempat yang lebih selamat bagi Jho Low, yang kini disebut-sebut di pelbagai negara kerana dikaitkan dengan tuduhan-tuduhan mengenai kekayaannya dikatakan berpunca daripada duit 1MDB selain Malaysia.

“Apabila Jho Low kembali ke Malaysia, yakinlah dia akan dirai. Malah akan dijemput makan bersama oleh VIP-VIP untuk membincangkan projek seterusnya,” katanya.

Malah kata Tuan Ibrahim, dengan penguatkuasaan Akta Majlis Keselamatan Negara (MKN) 2016, kelegaan Jho Low bertambah lagi.

“Baliklah Jho Low. Tak perlu malu-malu. Nak berjoli, berjolilah di Malaysia, sekurang-kurangnya duit yang ada itu digunakan di dalam negara. Malah, kerajaan boleh kutip GST lagi dan Malaysia Official 1 pun boleh asa lega kerana anda tidak direman di mana-mana negara.

Advertisements

“Kini, lega Jho Low boleh bertambah malah dia boleh rasa lebih selamat kerana Akta Majlis Keselamatan Negara sudah pun dikuatkuasakan,” katanya.

Rang Undang-undang MKN, yang memperuntukkan 15 kuasa khas bagi penubuhan MKN serta pasukan keselamatan mengawal dan menyelaras operasi berkaitan keselamatan, telah diluluskan Dewan Rakyat pada 3 Disember 2015 sebelum diluluskan pula Dewan Negara pada 22 Disember 2015 dan diwartakan menjadi undang-undang pada 7 Jun lalu.

Baru-baru ini, Jho Low dinamakan dalam saman sivil difailkan Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat (AS) sebagai antara individu yang didakwa terlibat dalam konspirasi mengubah wang haram daripada 1MDB. – The Malaysian Mirror

KLIK BACA: Malaysian Official 1 – Sejarah Peguam Negara Amerika ke sidang media bersama pegawai FBI dan kehakiman negara

KLIK BACA: Jika sidang media bersama – Gani Patail, Hamid Bador dan Abu Kassim. Gila babi punya ‘gempak’. – Hishamuddin Rais

KLIK BACA: Kita bukan macai, Khairy….

KLIK BACA: Mahathir – Tangislah negara ku tersayang, rahsia telah terbongkar…

*Disclaimers: Articles are property of the writer or publication as mentioned, cited or linked to. As news 'curator & aggregator' we do not represent the articles republish from any third party content provider.

 

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share