Facebook sedang menguji aplikasi terjemahan yang secara automatik membolehkan status dipaparkan dalam bahasa pilihan pengguna. – Foto AFP

SAN FRANCISCO: Facebook mula menguji perkakas terjemahan yang secara automatik membolehkan status dipaparkan dalam bahasa pilihan pengguna.

Rangkaian sosial utama itu pertama kali menyediakan ‘komposer pelbagai bahasa’ itu awal tahun ini untuk kegunaan di laman yang mewakili syarikat, jenama, kumpulan dan selebriti menerusi perkhidmatan Pages.

Kini, ia akan disediakan untuk kegunaan umum. “Pengguna kini boleh menghasilkan status tunggal dalam pelbagai bahasa, dan mereka yang bertutur dalam satu daripada bahasa berkenaan akan melihat status itu dalam bahasa pilihan sahaja, sekali gus membolehkan orang ramai berinteraksi dengan lebih mudah dengan khalayak mereka yang pelbagai,” menurut syarikat itu.

Sebahagian daripada 1.5 bilion pengguna Facebook di seluruh dunia bertutur dalam bahasa selain Inggeris.

Antara faktor yang akan digunakan Facebook untuk menentukan bahasa apa untuk digunakan ialah lokaliti yang dinyatakan dalam penetapan akaun dan bahasa yang kerap digunakan bagi menulis status.

Facebook bercadang menggunakan paparan posting pelbagai bahasa untuk memperbaiki keupayaan terjemahan mesin itu dengan matlamat menghapuskan halangan bahasa di rangkaian sosial itu. – AFP

KLIK BACA: Warga Emas Hantar Mesej Gambar Jelik Najib Dibebaskan Di Hari Raya

KLIK VIDEO: KENALI JURUTERBANG AIRASIA YANG POPULAR DIGELAR KAPTEN PANTUN

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share