Kapten Shahirul Alim Alimuddin menggunakan jenaka dalam pantun yang diselit dalam pengumuman mengalu-alukan penumpang pesawat AirAsia

Melihat kepada fizikal dan raut wajahnya yang nampak ‘garang’ ditambah dengan jambangnya yang panjang, pasti tiada siapa menyangka insan ini sebenarnya memiliki perwatakan unik.

Itulah juruterbang syarikat tambang murah AirAsia, Kapten Shahirul Alim Alimuddin yang menggunakan jenaka dalam pantun yang diselit dalam pengumuman mengalu-alukan penumpang pesawatnya.

Lebih menarik, pantunya ternyata mencuit hati penumpang selain dilihat mampu memperkenalkan adat Melayu di mata warga asing.

Ikuti temubual krew mStar TV bersama Kapten Pantun: “Kalau Ada Pantun Yang ‘Win’, Sila Ke Gelanggang Saya Nak Beli” – Kapten Pantun

Sebelum ini viral di media sosial rakaman audio seorang kapten pesawat AirAsia yang berpantun ketika membuat pengumuman di dalam pesawat.

Menerusi klip yang viral itu kedengaran kapten tersebut mendendangkan pantun yang berbunyi :

“Perut lapar mencari nasi, Jangan dilupa sambal terung, Maklumat penerbangan saya dah kongsi, Jangan cakap kapten tak payung”

KAPTEN Shahirul bersama ibu tersayang. -  Gambar ihsan Kapten Shahirul 'Alim Aminudin - Gambar Kapten Shahirul Alim Alimuddin / Says.com
KAPTEN Shahirul bersama ibu tersayang. –  Gambar ihsan Kapten Shahirul ‘Alim Aminudin – Gambar Says.com

kapten pantun kapten pantun air asia

Setelah viral, kapten AirAsia yang mendendangkan pantun itu kemudian ditemuramah oleh akhbar Harian Metro dan hari ini oleh portal mStar pula.

“Idea berpantun itu sudah lama saya buat sejak kira-kira setahun lalu sebagai tanda menghargai penumpang pesawat supaya mereka tidak bosan tetapi tidak sangka pula pantun terbaru dibuat Sabtu lalu ‘jangan kau kata kapten tak payung’ dan ‘mi dalam cawan’ menjadi viral sejak tiga hari lalu.

“Saya anggap penumpang itu tetamu yang datang ke rumah, jadi sudah tentu saya mahu memberi layanan sebaiknya supaya mereka terhibur,” kata juruterbang AirAsia, Kapten Shahirul ‘Alim Aminudin, 39, ketika dihubungi Harian Metro di sini, hari ini.

Shahirul Alim berkata, dia menggunakan pendekatan berbeza ketika membuat pengumuman kerana mahu penumpang pesawat berasa selesa, dialu-alukan dan sentiasa dihargai walaupun menaiki penerbangan tambang murah.

Dalam di Facebook Izwah, penumpang pesawat itu menyifatkan pengumuman dalam bahasa Inggeris sambil menyelitkan seloka pantun dalam bahasa Melayu yang dibuat Kapten Shahirul Alim sangat menghiburkan sehinggakan dia memberi perhatian penuh setiap bait yang dilontarkan juruterbang berkenaan. – Majalah Review Malaysia – MRM

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share