Penulis berusia 76 tahun, Pak Ya yang ditahan kerana didakwa berkongsi foto Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak – Foto Sinar Harian

JOHOR BAHRU: Penulis berusia 76 tahun, Pak Ya yang ditahan kerana didakwa berkongsi foto Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang bersifat jelik dalam kumpulan WhatsApp telah dibebaskan dengan jaminan polis selepas lanjutan reman tidak diberikan.

Suspek telah berada dalam tahanan polis selama tiga hari.

Sumber polis berkata, mereka cuba mendapatkan perintah tahanan reman daripada Mahkamah Majistret Johor Bahru pada Isnin bagi melanjutkan tahanannya untuk siasatan lanjut.

“Usia tua suspek dan kesihatan yang kurang baik di mana dia mengalami tekanan darah tinggi dan masalah buah pinggang telah diambil kira,” katanya ketika dihubungi The Star, Rabu.

Beliau berkata pejabat pendakwa raya masih belum memutuskan sama ada untuk mendakwanya atau tidak.

Ketua Polis Johor Datuk Wan Ahmad Najmuddin Mohd dalam kenyataan pada Sabtu berkata lelaki itu ditahan di rumahnya di Kampung Tunku, Petaling Jaya, Selangor setelah satu laporan polis diterima di negeri ini pada Jumaat.

Polis merampas seunit telefon bimbit berjenama Samsung G5 daripada lelaki itu dan dia direman di Mahkamah Majistret bagi melengkapkan siasatan.

“Suspek didapati telah memuat naik penghantaran mesej bergambar tersebut atas nama ‘Pa Ya’ dalam kumpulan WhatApps “Bicara Politik Melayu” yang bersifat jelik bertujuan menghina, lucah dan menyakitkan hati rakyat Malaysia,” katanya.

KLIK BACA: Tun Mahathir beri amaran kepada si Penunggu Rasuah

Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998 yang jika sabit kesalahan, boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan maksimum setahun atau kedua-duanya.

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share