Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dijangka mengumumkan rombakan kabinet Isnin depan.

Menteri dan timbalan menteri yang baru dilantik dijangka mengangkat sumpah pada hari berikutnya, demikian menurut laporan Sin Chew Daily hari ini.

Rombakan kabinet itu dijangka untuk mengisi kekosongan jawatan tiga menteri dan dua timbalan menteri.

Ini termasuk dua jawatan menteri di Jabatan Perdana Menteri juga kosong – satu bertanggungjawab bagi Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (PEMANDU) dan satu lagi bertanggungjawab bagi Unit Perancang Ekonomi (EPU).

Datuk Seri Idris Jala, yang menerajui PEMANDU telah melepaskan jawatannya selepas penggal kedua sebagai senator berakhir.

Tan Sri Abdul Wahid Omar, yang menerajui EPU tidak mahu melanjutkan tempoh khidmatnya dalam kabinet selepas hanya menjadi senator untuk satu penggal.

Manakala jawatan seorang timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan kosong selepas Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah dilantik sebagai menteri besar Kedah. – Bernama

KLIK BACA: Sumbangan terakhir Dr Mahathir umpama lilin yang membakar diri

KLIK BACA: Tun Mahathir –  Rampaslah Yayasan Kepimpinan Perdana

KLIK BACA: Kurang ajar sanggup pijak orang yang membina parti – Syed Saddiq

KLIK BACA: Jangan terlalu angkuh Najib  – Khairuddin

KLIK BACA: Sudah tiada lagikah maruah kamu, soal Tun Mahathir

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share