MERSING – Seorang bayi lelaki berusia setahun sembilan bulan kritikal dipercayai dipatuk seekor ular tedung di dalam rumahnya di Kampung Wak Salam, di sini, malam tadi.

Kejadian berlaku kira-kira jam 9 malam ketika mangsa, Muhammad Iskandar Syukri, sedang leka bermain di ruang tamu sebelum disedari ibunya, Nur Jannah Abdullah, 17, apabila mendengar tangisan kanak-kanak itu.

Muhammad Iskandar kemudian dihantar ke Hospital Mersing dalam keadaan tidak sedarkan diri dan dia kemudian dipindahkan ke Hospital Sultan Ismail, Johor Baharu, untuk rawatan lanjut.

Nur Jannah berkata, dia sedang mengemas rumah ketika kejadian berlaku dan terus ke sisi anaknya sejurus mendengar tangisan terbabit.

“Saya mendapati kaki kiri Muhamad Iskandar terdapat lebam dan ketika menyapu ubat di kaki terbabit, saya ternampak seekor ular tedung lalu memanggil suami yang ketika itu baru sahaja pulang dari kerja,” katanya.

Nur Jannah berkata suaminya yang berumur 19 tahun terus menangkap dan membunuh ular tersebut dengan bantuan jiran berhampiran lalu membawa anak mereka ke Hospital Mersing.

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share