Pihak polis mengesahkan Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli disiasat atas dakwaan ugutan jenayah berkaitan kenyataannya berkaitan ‘membaling bom atom’ kepada perdana menteri.

“Kita telah membuka kertas siasatan bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan,” kata Ketua Polis Perak Ab Rahim Hanafi lapor Malaysiakini. 

Polis akan merakan kenyataan anggota parlimen Pandan itu.

Rafizi sebelum ini berkata berharap calon Pakatan Harapan Dr Ahmad Termizi Ramli ‘membaling bom atom’ kepada Datuk Seri Najib Razak jika menang dalam pilihan raya kecil 18 Jun ini.

Rafizi menjelaskan bahawa beliau hanya gurauan ketika berdepan “kegilaan politik Malaysia”.

Pagi semalam, seorang penduduk tempatan memberitahu pemberita bahawa beliau dan tiga orang lagi telah membuat laporan polis berhubung kenyataan Rafizi itu.

KLIK BACA TERKINI: Najib tidak endah bantahan, nasihat Raja-Raja Melayu – Dr Mahathir

KLIK BACA TERKINI: Najib umum era Mahathir dalam Proton sudah berakhir

Dikemaskini: RAFIZI: TAK PERLU ‘BOM ATOM’, SECARA TEKNIKAL C4 CUKUP

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share

SHARE