Seorang lelaki bersenjatakan raifal dan pistol menyerang sebuah kelab yang sesak dengan gaya di sebuah kelab malam di Orlando, AmerikaSyarikat awal Ahad.

Ia mengakibatkan 50 orang terbunuh manakala lelaki terbabit terbunuh dalam berbalas tembakan dengan anggota SWAT.

NEW YORK: Fungsi “Pemeriksaan Keselamatan” (Safety Check) Facebook diaktifkan buat pertama kali selepas insiden semalam di sebuah kelab malam Orlando, Florida, AS, yang meragut nyawa 50 orang.

Safety Check, yang diperkenalkan pada Oktober 2014, membolehkan pengguna Facebook memberitahu mereka selamat ekoran sesuatu malapetaka atau krisis, supaya mereka yang berada di tempat kejadian dapat memberikan bantuan.

“Apabila bangun pagi hari ini, saya terkejut dengan pembunuhan di Orlando. Doa dan ingatan saya untuk mangsa, keluarga mereka dan masyarakat LGBT,” kata Pegawai Eksekutif Facebook Mark Zuckerberg pada akaun rasminya.

Seorang lelaki bersenjatakan senapang membunuh 50 orang di sebuah kelab yang dikunjungi masyarakat LGBT di Orlando, peristiwa tembakan paling buruk dalam sejarah Amerika Syarikat.

Penembak yang dikenalpasti sebagai penduduk Florida dan warga AS, Omar Mateen, 29, ditembak mati polis di kelab malam Pulse.

Tahun lepas, Facebook berazam untuk lebih kerap mengaktifkan Safety Check selepas dikritik kerana hanya berbuat demikian ekoran serangan militan di Paris dan bukan serangan di Beirut yang meragut 43 nyawa sehari sebelumnya.

Sementara itu, pemimpin umat Islam AS, Nihad Awad, mengutuk serangan di Orlando dan berkata pembunuh tersebut tidak mewakili Islam.

“Ini jenayah kebencian, itu saja, dan kami mengutuk sekeras-kerasnya,” kata Awad dari kumpulan Majlis Hubungan Islam Amerika (CAIR). -Reuters

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share