WASHINGTON: Persaingan calon Presiden Amerika Syarikat (AS) di antara Hillary Clinton dan Donald Trump kian‎ menghampiri tetapi perang Twitter mereka telah bermula!

Selepas menerima sokongan Presiden Barack Obama pada Khamis untuk menggantikan beliau di White House, Clinton yang meraih pencalonan mewakili parti Demokrat bagi Pilihan Raya pada 8 November ini berkata, beliau amat menghargai sokongan diterima.

Katanya, beliau kini ‘bersedia untuk berjuang’.

Trump, yang merupakan pengguna tegar laman mikro Twitter semasa kempen presiden daripada Republikan mengambil peluang untuk tweet kembali: “Obama hanya sahkan Crooked Hillary. Beliau mahu empat tahun lagi-tetapi tiada siapa melakukannya!”

Seketika kemudian, akaun Clinton menjawab: “Padam akaun anda.”

Clinton mempunyai 6.7 juta pengikut Twitter.

Dalam hanya beberapa minit, ungkapan tersebut menjadi tweet paling popular pernah Clinton hasilkan dengan lebih daripada 194,000 pengguna tweet semula dan 213,000 like.

Tidak berdiam diri, petugas kempen parti Republikan bergegas untuk membantu calon mereka dengan membuat serangan halus dengan mengungkit tindakan Clinton sebelum ini menggunakan penyedia perkhidmatan email peribadi ketika menjadi Setiausaha Negara AS.

“@ HillaryClinton Jika sesiapa tahu bagaimana untuk menggunakan kekunci padam, ia adalah anda,” tweet Pengerusi Jawatankuasa Kebangsaan Republikan, Reince Priebus.

Clinton telah berulang kali berkata beliau memilih “tidak menyimpan” kira-kira 30,000 emel peguamnya yang dianggap peribadi, di mana beliau mendakwa telah banyak ditafsirkan sebagai ‘memadam e-mel peribadi.’

Trump kemudian menyertai semula pertempuran itu dengan tweet: “Berapa lama masa diambil oleh 823 kakitangan anda untuk berfikir di mana 33,000 e-mel anda yang anda padam?” – Reuters

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share