Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata reaksi awalnya ketika bertemu dengan pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Facebook adalah Mark Zuckerberg tidak kelihatan sebagai seorang yang pintar.

Namun ia hanya pandangan luaran dan Najib mengakui bahawa Zuckerberg adalah individu yang sangat pintar.

“Reaksi awal saya, beliau tidak kelihatan sangat pintar. Tetapi sebenarnya beliau sangat pintar. Beliau terlalu pintar tetapi (luaran) tidak kelihatan seperti seorang yang pintar,” katanya sambil secara berseloroh dan disambut dengan gelak ketawa oleh hadirin.

Najib berkata demikian dalam sesi soal jawab dengan CEO Catcha Group Patrick Groove di Wild Digital Conference di Kuala Lumpur, hari ini.

Najib berkata dalam lawatan kerjanya di Amerika Syarikat pada 2013, beliau sempat berkunjung ke ibu pejabat Facebook di Silicon Valley, California.

Menurutnya, beliau tertarik dengan cara kerja di Facebook yang lebih santai dan tidak mempunyai hierarki.

“Saya suka sikap mereka dalam bekerja.Suasana tidak formal, tidak ada hierarki…

“Mereka bekerja dengan cara sendiri sambil makan muffin dan minum kopi serta melahirkan idea-idea. Ini adalah dunia yang berbeza,” katanya. – Mkini

KLIK BACA: Mengapa anak Najib turut naik ‘private jet’, soal Rafizi

KLIK BACA: Kos sewa ‘private jet’ Rosmah RM86.4 juta – Rafizi

KLIK BACA: Najib impikan kereta ‘The Beast’ seperti Obama

KLIK BACA: mStar nafi editor diturun pangkat kerana artikel Rosmah

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share