Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli hari ini berkata anggaran sekitar RM86.4 juta dibelanjakan oleh kerajaan untuk menyewa jet peribadi selama untuk dua bulan.

Jet berkenaan kononnya digunakan oleh isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor semasa lawatan beliau ke Istanbul, Turki bulan lalu.

Rafizi berkata, berdasarkan pemeriksaan dengan syarikat-syarikat yang menawarkan perkhidmatan menyewa jet, kadar setiap jam bagi pesawat Airbus ACJ319 adalah AS$15,000.

Ini bermakna RM86.4 juta dibelanjakan untuk menyewa pesawat itu selama dua bulan atau bersamaan 1,440 jam.

Wang RM86.4 juta, kata Rafizi, boleh digunakan untuk membiayai pengajian 1,920 pelajar cemerlang di universiti-universiti tempatan.

Jumlah yang sama juga boleh digunakan sebagai pinjaman Majlis Amanah Negara (Mara) berjumlah RM20,000 setiap satu kepada 4,320 pelajar bumiputera.

Selain itu, jumlah yang sama juga boleh digunakan untuk menghantar 86 daripada 300 pelajar cemerlang dalam peperiksaan SPM 2013 ke luar negara, katanya.

Pemimpin Umno / Barisan Nasional, kata Rafizi, tidak lagi boleh memberi alasan bagi mewajarkan perbelanjaan itu.

“Saya tidak mahu lagi mendengar alasan. Semakin mereka cuba mewajarkannya, semakin terserlah kebodohan mereka,” katanya.

Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli sememangnya tidak boleh menerima hakikat bahawa isteri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak – Datin Seri Rosmah Mansor – menggunakan jet peribadi untuk perjalanan ke Istanbul atas alasan jadualnya yang ketat.

Melabel alasan itu sebagai ‘dangkal’ dan ‘menghina rakyat’, ahli parlimen Pandan itu berkata, orang ramai masih tidak boleh lupa bagaimana Najib tidak segera kembali ke Malaysia apabila Kelantan dilanda banjir buruk pada 2014.

“Beliau gunakan pesawat berbeza untuk kembali ke Malaysia dari Hawaii. Sebaliknya, jet peribadi rasmi yang sepatutnya digunakan oleh perdana menteri melencong ke arah yang bertentangan.

“Jet itu singgah di Los Angeles dan kemudiannya ke Indianapolis. Sehingga sekarang Datin Seri Rosmah Mansor tidak menjawab soalan saya sama ada jet itu singgah untuk memantau kerja-kerja naiktaraf jet peribadi yang baru dibeli ketika itu,” katanya dalam satu sidang media di Kuala Kangsar hari ini.

Semalam, pegawai khas Rosmah – Datuk Rizal Mansor berkata isteri perdana menteri terpaksa menggunakan jet peribadi kerana terpaksa menempuh perjalanan hampir 13 jam ke Istanbul untuk menerima Anugerah Kebajikan Kanak-kanak 3G.

Menurutnya, Rosmah terpaksa tergesa-gesa pulang bagi menghadiri Mesyuarat Agong Persatuan Pandu Puteri Malaysia yang dirasmikan oleh Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong. – Malaysiakini

KLIK BACA: Najib impikan kereta ‘The Beast’ seperti Obama

KLIK BACA: mStar nafi editor diturun pangkat kerana artikel Rosmah

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share