KUALA LUMPUR – Satu lagi fenomena baru dunia telekomunikasi di Malaysia apabila Syarikat Telco di bawah kendalian P1 bakal melancarkan tawaran pelan internet 20 GB serendah RM8.

Apa yang menarik, pengguna yang menggunakan pelan ini, tiada sebarang kontrak serta percuma 1000 SMS dan 1000 minit.

Namun kepada yang ingin menggunakan pelan ini, ia tertakluk kepada beberapa syarat termasuk mendapatkan telefon pintar di bawah telco mereka.

Namun sekiranya mereka tidak berminat mendapatkan telefon pintar, harga yang ditawarkan Webe adalah RM9 buat pelanggan P1 manakala RM10 buat pelanggan baru.

Terdahulu, Syrikat Telco ini dibantu oleh Syarikat Telekom Malaysia dan bakal bersaing dengan syarikat telco yang lain.

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share