Bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad menyeru pertandingan satu lawan satu antara ‘calon rakyat’ dengan BN dalam dua pilihan raya kecil bulan depan.

Mahathir menyeru orang ramai memberi kemenangan besar kepada lawan BN, seperti PAS.

Beliau bagaimanapun mempunyai kebimbangan terhadap ‘pengkhianatan’ PAS menarik diri dan memberikan kemenangan percuma kepada BN. – Sumber KiniTV

Tun Dr Mahathir Mohamad menyeru pertandingan satu lawan satu antara “calon rakyat” dengan BN dalam dua pilihan raya kecil bulan depan.

Bekas perdana menteri 22 tahun itu menyeru orang ramai memberi kemenangan besar kepada lawan BN, seperti PAS.

Beliau bagaimanapun mempunyai kebimbangan terhadap ‘pengkhianatan’ PAS menarik diri dan memberikan kemenangan percuma kepada BN.

“PAS mungkin juga pura-pura menamakan calon tetapi apabila rakyat tidak meletak calon, PAS akan menarik diri supaya BN menang tanpa bertanding.

“Kita tidak akan hairan jika ini dilakukan oleh PAS.

“(Presiden PAS Datuk Seri) Hadi (Awang) nampaknya sudah terima cash is king Najib walaupun dunia anggap Najib sebagai pemimpin yang kuat rasuah,” dakwanya lapor Malaysiakini.

“Itu pilihan Hadi dan itu memanglah haknya. Sebab itulah PAS berpecah.”

Klik baca tulisan penuh Mahathir isu di atas: Menang pun PAS cuma jadi hamba BN.

Klik baca: Salleh nak tahu sumber WSJ, paksalah Najib saman

*  Foto kredit The Malaysian Mirror | Berita Mimpi – Ana Ghoib

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share