Alor Setar: Seorang pegawai imigresen yang bertugas di Pejabat Imigresen Pusat Transformasi Bandar (UTC) Alor Setar, maut selepas motosikal ditunggangnya merempuh pejalan kaki ketika dalam perjalanan ke tempat kerja di Teluk Kechai, Jalan Kuala Kedah, di sini, tengah hari tadi.

Siti Syuhada Ariffin, 32, maut di tempat kejadian akibat cedera parah di leher dan muka, manakala pejalan kaki terbabit, Md Noh Jusoh, 55, cedera parah di kepala selain dipercayai patah kaki.

Ketua Polis Daerah Kota Setar Asisten Komisioner Mohd Rozi Jidin berkata, kejadian berlaku jam 12.50 tengah hari di depan Masjid Teluk Kechai, Jalan Kuala Keda, ketika mangsa dalam perjalanan dari rumahnya di Kuala Kedah menghala Pejabat Imigresen di UTC Alor Setar.

“Mangsa yang menunggang motosikal Yamaha Ego-S Â gagal mengelak daripada merempuh pejalan kaki terbabit yang tiba-tiba melintas jalan. Dia tercampak ke dalam longkang di kiri jalan manakala pejalan kaki tercampak ke tengah jalan,”katanya.

Mayat mangsa dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini, untuk bedah siasat.

Sementara itu, Ketua Imigresen UTC Alor Setar Salina Samsudin berkata, dia dimaklumkan mengenai kemalangan itu pada 12.45 tengah hari dan bergegas ke tempat kejadian.

Katanya, arwah meninggalkan tiga anak berusia antara empat bulan hingga enam tahun berserta suami, Sulhamizan Samsudin, 32.

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share

SHARE