PUTRAJAYA: Peruntukan tidak mencukupi antara punca sambutan Hari Belia Negara 2016 tidak lagi diadakan di Putrajaya seperti tahun-tahun sebelumnya.

Sehubungan itu, Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin berkata, lokasi sambutan Hari Belia Negara 2016 ditukar ke Universiti Putra Malaysia (UPM).

“Bila buat di Putrajaya, kosnya agak tinggi, jadi dengan adanya pendekatan strategik lautan biru bersama universiti, kita banyak dapat menjimatkan kos perbelanjaan.

“Setiap kementerian diminta mengurangkan penganjuran-penganjuran besar. Kalau kita nak buat di Putrajaya, kita kena buat dengan peruntukan secukupnya.

“Kalau tidak, ia akan jadi sambutan yang hidup segan mati tak mahu. Putrajaya kawasan yang besar, jadi lebih baik kita pergi di tempat lain dan fokus pada sumber di tempat lain,” katanya dalam sidang media sempena Pra Pelancaran Hari Belia Negara 2016 di Kementerian Belia dan Sukan (KBS), hari ini.

Jelasnya lagi, anggaran kos penganjuran sambutan Hari Belia Negara 2016 masih tidak dapat dinilai, memandangkan pihaknya masih menunggu keputusan muktamad penaja.

Khairy juga berjanji, sambutan yang akan berlangsung pada 15 Mei ini lebih menarik, memandangkan pelbagai aktiviti telah disusun untuk golongan belia dan juga mahasiswa.

“Tahun ini, kita masih menunggu kos akhir daripada penaja-penaja, tetapi jauh lebih rendah berbanding tahun lalu.

“Kualiti akan menjadi baik, sebab kita pecahkan kepada 140 program di peringkat akar umbi dan kita akan dapat lihat penglibatan ramai pihak,” ujarnya.

Tidak henti di situ, Khairy juga yakin sasaran untuk menarik kehadiran sejuta pengunjung pada Hari Belia Negara 2016 akan tercapai.

“Target audience mungkin boleh sampai satu juta. Kita kena ambil kira daripada 140 program. Di peringkat universiti sendiri, kita akan terima kehadiran begitu ramai mahasiswa,” ujar beliau. – FMT

KLIK VIDEO CNN INDONESIA: ‘MASA DEPAN NEGARA JIKA NAJIB TIDAK TURUN AMAT BURUK’ – TUN MAHATHIR

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share