Dody, kucing baka Savannah milik Datuk Aliff Syukri Kamarzaman dikatakan berharga RM30,000.

Kerana minat, pemilik D’Herbs Holding (M) Sdn Bhd sanggup berhabis duit membeli seekor kucing eksotik sebagai haiwan peliharaannya yang bernilai RM30,000.

Datuk Aliff Syukri Kamarzaman berkata di laman Instagrammnya, dirinya terpengaruh dengan hobi Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin yang meminati kucing liar.

Dipercayai baka “Savannah” dari Afrika, kucing berbulu jingga dan bertompok-tompok hitam itu diberi nama Dody, berumur tiga bulan, sebesar empat kali ganda saiz kucing biasa.

Kucing Savannah merupakan kacukan kucing dengan haiwan serval, sejenis kucing liar bersaiz sederhaha tetapi bertelinga besar, dan mula popular sedunia sejak tahun 1990-an.

Tidak cukup dengan itu, Aliff turut membuka akaun Instagram untuk Dody di @kucingatl, dan sehingga kini pantas menarik minat lebih 3,000 pengikut.

Tidak seperti kucing lain, penaja kelab bola sepak Kedah itu berkata, Dody tidak memakan ikan, sebaliknya hanya ayam dan daging sahaja.

Katanya, kucing itu ditempah sebulan awal dan terpaksa kumpul duit agak lama sebelum dapat memilikinya.

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share