Presiden dan Pengarah Eksekutif Kumpulan 1MDB, Arul Kanda Kandasamy hari ini menyahut cabaran debat yang dilemparkan oleh ahli parlimen DAP, Tony Pua.
“Saya dengan ini menerima cabaran debat itu. Mari berdebat!” tulis Arul Kanda dalam satu kenyataan.
“Apa yang jelas, di sebalik secara eksklusif menyoal saya selama dua hari penuh pada mesyuarat PAC, wakil DAP, YB Tony, masih mahu untuk menghabiskan masa berkualiti bersama saya.
“Sudah tentunya, saya tidak mahu menafikan YB Tony keseronokan ini,” katanya lapor Malaysiakini.
Malam semalam, pada sebuah forum anjuran Pakatan Harapan di Shah Alam, Pua berkata meskipun laporan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) mengenai siasatan ke atas 1MDB telah dibentangkan di Parlimen, beliau sekali lagi mencabar Arul Kanda untuk berdebat secara langsung berhubung skandal firma pelaburan negara itu.
KLIK VIDEO: Rafizi: Saya akan heret semua terbabit tipu 1MDB ke penjara bersama
KLIK VIDEO: Muhyiddin tergelak dengan alasan peguam Najib
KLIK VIDEO: Video Penjelasan Shafie Apdal Yang Ahli Umno Mesti Tonton
KLIK VIDEO: Mahathir tak masuk wang dalam poketnya, kata Shafie Afdal – KiniTV
KLIK BACA: Kalau Najib bermaruah dia letak jawatan, kata Muhyiddin
KINITV